PAS Lancar Tabung Dana Bantu Mohd Hasif

1494

إنا لله وإنا إليه راجعون

PAS Terengganu merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada semua keluarga serta saudara mara atas tragedi pilu yang menimpa Allahyarham Abdul Halim bin Samian dan Allahyarhamah Nurul Adila @ Salwati binti Awang serta tiga orang anak mereka.

IMG-20151219-WA0077Diiringi doa semoga Allah menempatkan mereka semua di bawah limpahan rahmat dan keredhaanNYA.
Simpati kami yang tidak terhingga kepada anak yatim piatu Mohd Hasif bin Abdul Halim yang kehilangan ibu, ayah serta adik beradik dalam tragedi di Belukar Bukit pada pagi 19 Disember 2015.

IMG-20151220-WA0023Demi kebajikan Adik Mohd Hasif di mana keluarganya berasal dari Kuala Nerus, Terengganu, maka PAS Terengganu telah menubuhkan TABUNG KEBAJIKAN ADIK MOHD HASIF bagi mengumpulkan sumbangan untuk disalurkan bagi tujuan kebajikan dan masa depan anak yatim piatu ini.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun CIMB 13010000056101 atas nama DANA KEBAJIKAN TERENGGANU.

Semoga segala sumbangan yang dihulurkan akan diganjari Allah sebaiknya.

Sebarang maklumbalas berkaitan sila hubungi Ketua Lujnah Kebajikan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, 0199421964.

YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
20 Disember 2015