Katanya, kemenangan PAS juga akan memberi impak besar kepada Umno-BN kerana Galas merupakan kubu kuat Umno sebelum PRU ke-12 lalu.
“Sekiranya PAS menang dan berjaya mengekalkan kerusi di Dun Galas, bacaan politik kita (PAS) rakyat tolak Umno-BN sekali pun dibawah kepimpinan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri.
“Kemenangan itu juga memberi isyarat dan penanda aras kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan disegerakan sebelum ‘mood’ rakyat semakin menolak BN,” jelasnya.
Menurut Hanafiah, senario politik di Galas hari ini dilihat lebih positif kepada PAS apabila sebahagian besar kaum Melayu, Cina dan Orang Asal (Asli) menyokong pencalonan Dr Zulkifli.
Beliau yang berada di Galas sejak hari penamaan calon dapat melihat sokongan rakyat serta pengundi melalui culaan melebihi 50 peratus kepada PAS.
Katanya, PAS Terengganu diamanahkan membantu jentera kempen parti di Unit Peti Undi (UPU) Batu Papan, di Dun Galas.



























