Terengganu, Malaysia

Pendidikan Anak-anak Keutamaan PAS

20151208_174516

SETIU – Meneruskan tradisi sebagaimana tahun-tahun yang lepas, anak-anak DUN Jabi yang mendapat keputusan cemerlang 5A dan 4A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini diraikan dengan sumbangan hadiah kecemerlangan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi Dr Azman Ibrahim berkata, sejak tahun lepas, kaedah penghargaan tidak dibuat dengan majlis, tetapi sumbangan disampaikan beliau sendiri kepada pelajar cemerlang tersebut.

20151208_173203“Kita mengorak langkah sejak dari tahun lepas untuk tidak mengadakan majlis penyampaian hadiah secara formal,

“tetapi kaedah kunjungan dari rumah ke rumah bertemu secara langsung dengan anak-anak cemerlang dan keluarga mereka menjadi kaedah pilihan PAS Jabi,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui menziarahi sebuah rumah anak cemerlang di Kampung Bukit Tanah.

Menurutnya, pada tahun ini seramai 50 orang anak-anak terpilih telah dan akan dikunjungi untuk disampaikan sumbangan wang tunai RM50 dan RM40 kepada setiap mereka.

Walaupun jumlah sumbangannya itu tidak banyak, tetapi bagi beliau, nilai kunjungan tersebut lebuh penting kerana peluang berinterkasi secara langsung dengan anak-anak cemerlang itu dan bertanya khabar dengan keluarganya.

“Di samping boleh mengenali anak-anak ini dan kehidupan keluarga mereka secara lebih dekat, kita juga berhajat untuk tidak menyusahkan ibu bapa atau penjaga mereka seandainya terpaksa hadir ke majlis yang kita adakan.

“Apatah lagi sumbangan kita pun bukanlah banyak. Tidak mempunyai peruntukan dana yang besar bukanlah halangan dan sekatan untuk kita turut berkongsi kegembiraan dengan cara kita tersendiri,”jelasnya.

20151208_183659Sehubungan itu, beliau berpendapat, sememangnya sesuatu yang hebat bagi anak-anak kampung yang bersekolah dengan kemudahan yang serba sederhana tetapu boleh mendapat kejayaan setanding dengan anak-anak di bandar yang serba lengkap.

“Ini adalah satu kebanggaan yang perlu disyukuri……….. anak-anak juga diberikan perangsang dan semangat untuk berusaha dengan lebih gigih lagi di alam sekolah menengah nanti,

“kerana perjalanan pendidikan anak-anak masih terlalu jauh dan mencabar. Tetapi anak-anak DUN Jabi telah memulakan langkah awal dengan cemerlang,”tambahnya.

Selain itu, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Setiu berkata Program Agihan Uniform dan Kelengkapan Sekolah untuk anak-anak yatim dan miskin DUN Jabi akan diadakan, pada 26 Disember 2015 depan.

20151205_174400“sebagai persiapan untuk anak-anak Jabi memulakan sesi awal persekolahan, seramai 100 orang anak-anak akan menerima sepersalinan lengkap uniform sekolah.

“Semoga mereka yang kurang bernasib baik juga turut sama ceria memulakan sesi baru persekolahan dengan uniform dan kelengkapan baru,”katanya lagi.

Beliau berkata, PAS Jabi juga mengorak langkah untuk menaja yuran pelajar-pelajar dari kalangan anak-anak yatim dan miskin di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) supaya mereka boleh belajar dengan percuma dan untuk tahun hadapan, disasarkan 30 orang pelajar PASTI akan menerima tajaan itu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan