

Majlis dimulakan dengan Perbarisan Hormat oleh Unit Amal, Nisa’, KHIDMAT dan Skuad Waja seramai 320 orang. Seterusnya diperdengarkan bacaan Al-Quran oleh juara Akademi Al-Quran TV9 , Ustaz Hj Tarmizi Hj Ali. Sebelum itu, ketibaan YB Presiden diiringi dengan 20 buah morosikal berkuasa tinggi. Ucapan Dasar disampaikan oleh Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Perhimpunan kali ini menggunakan tema “Demi Kedaulatan Islam, Perkasakan Jihad” mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat dan penyokong serta ahli seluruh negeri. Roh perjuangan perlu diserap ke setiap ahli dan anggota parti agar mempunyai kefahaman yang jelas terhadap apa yang diperjuangkan oleh mereka.
Dato’ Seri TG Presiden mengingatkan bahawa politik dan islam tidak dapat dipisahkan. Ianya berlaku sejak dari zaman nabi-nabi semasa nabi tersebut menjadi ketua negara mahu pun sebagai pembangkang kepada kerajaan dizaman tersebut
“Semua nabi-nabi dan rasul-rasul adalah pendakwah dan politik (Ahli). Sama ada nabi-nabi menjadi ketua kerajaan apabila menang; Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Muhammad S.A.W menjadi ketua negara. Adapun nabi-nabi menjadi ketua pembangkang menentang kerajaan dizaman masing-masing. Sekiranya belum mencapai kemenangan; Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Zakaria Nabi Yahya, dan lain-lain lagi. Tidak ada pemisahan politik daripada Islam.” Tegas beliau dalam ucapan tersebut.
Pada malam sebelumnya telah berlangsung satu Ceramah Perdana Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), YAB Dato’ Seri Hj Azizan Abd Razak (Menteri Besar Kedah), YB Anthony Loke Siew Fook (Ketua DAPSY)



























