Sumbangan Kelab 4×4 PADAT; Jambatan Sempit Kini Berwajah Baru

2277

DUNGUN – Kebimbangan penduduk berhubung masalah jambatan gantung di Kampung Pasir Lawang yang menghubungkan dengan 2 keluarga yang mempunyai 5 orang penghuni berakhir apabila siap dibaik pulih dengan dibina penghadang besi.

Jambatan gantung tersebut yang telah dibina sejak tahun 2003 lagi, semasa Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Rantau Abang yang dibina secara gotong royong oleh Majlis Tindakan Dun Rantau Abang.

IMG-20151113-WA0062Projek untuk membina penghadang besi untuk keselamatan ini telah diilhamkan oleh Kelab 4×4 Pakatan Dungun Adventure Team (PADAT) kepada Majlis Tindakan Dun Rantau Abang dalam satu perbincangan untuk kerja-kerja kemasyarakatan yang dijalankan oleh PADAT sebelum ini.

Penghadang besi ini dibina bagi menjamin keselamatan kepada pengguna yang sering berulang alik ke kebun dan rumah diseberang jambatan oleh penduduk setempat terutama sewaktu banjir yang akan dating pada November atau Disember akan datang

Sementara itu, seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Pok Long, 65, berkata, penduduk kini merasa lega apabila jambatan itu dibina penghadang kerana ia menjadi laluan untuk urusan ke kebun dan juga kanak-kanak yang sering bermain di jambatan tersebut.

“Sebelum ini kami berdepan dengan kesulitan apabila melalui jambatan tersebut yang tinggi hampir 15 kaki itu dan berasa goyah apabila melalui jambatan tersebut terutama kepada warga emas seperti saya,”katanya.

“Kepada yang menunggang motorsikal pula akan berfikir 2 atau 3 kali untuk menyeberangi jambatan dengan menunggang kerana bimbang akan keselamatan mereka,” tambah Pok Long dengan rasa amat gembira dengan terbina besi penghadang tersebut.IMG-20151113-WA0060

Sementara itu Bendahari Padat Saudara Azmi memberitahu bahawa kos untuk pembinaan tersebut adalah hasil kutipan daripada ahli Kelab PADAT mereka.

“Semasa satu mesyuarat PADAT yang diadakan pada penghujung Bulan September 2015 satu cadangan untuk program kemasyarakatan telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat.

“Mengambil keadaan semasa yang berkaitan bantuan daripada badan berwajib terutama kerajaan dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan yang amat kurang sekarang ini menjadi tangggungjawab kepada Badan Bukan Kerajaan seperti PADAT memainkan peranan dalam hal berkaitan,”Azmi menegaskan apabila ditanya kenapa PADAT berusaha membina besi penghadang ini sedangkan kerajaan ada untuk menyalurkan bantuan seperti ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang , Cikgu Hj Alias Harun, ketika ditemui semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan memberitahu jambatan yang jarak hampir 30 meter itu yang telah lebih 12 tahun digunakan tersebut ditenggelami air sewaktu banjir besar tahun lepas iaitu 2015.IMG-20151113-WA0059

“Semasa sampai disini pada tahun lepas untuk meninjau mangsa banjir saya terkejut dengan paras air yang hampir paras pinggang di atas jambatan tersebut dan ini tentulah sukar untuk penduduk untuk melintasi jambatan apabila tiada penghadang besi untuk tunjuk arah semasa melintas”

“Saya mengucapkan terimakash kepada PADAT kerana perihatin dengan keadaan tersebut dan berjaya membina penghadang besi ini untuk kemudahan penduduk di Kampung Pasir Lawang ini.InsyaAllah pada tahun ini sekiranya air melimpah ke atas jambatan ini, mudah bagi penduduk untuk membuat kerja-kerja menyelamat jika terbabit dengan penghuni di sini”, tambah Cikgu Alias Harun.