Tegas Dalam Mempertahankan Dasar dan Prinsip

1018

SETIU – Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Hassan berkata semua ahli perlulah tegas dalam dasar dan perinsip parti serta mesti terus beristiqamah.

Beliau berkata, melaksanakan amanah adalah satu tanggungjawab dan meninggalkan perjuangan adalah satu dosa.

IMG-20151113-WA0007“makna istiqamah, fastaqim, bangkitlah bangunlah untuk menunaikan tanggungjawab melaksanakan amanah perjuangan dan menggerakkan seluruh pancaindera yang di kurniakan oleh Allah pada kita bagi menggerakkan tanggungjawab keperluan jamaah. Ini yg paling penting”

“kita tak berperang, tetapi amanah perjuangan itu perlu di dokong, meninggalkan perjuangan itu adalah satu dosa, sebab itu tak ada ruang untuk berpeluk tubuh,itu makna fastakim,”ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Kompleks Luqman al-Hakim, di kampung Guntung di sini pada Selasa 10 November.

Ahli Parlimen Temerloh itu menegaskan, PAS merupakan sebuah gerakan Islam yang di daftarkan sebagai parti politik, perlu bergerak dengan dakwah, tarbiyyah dan siasah untuk mencapai matlamatnya mendirikan sebuah pemerintahan Islam.

IMG-20151113-WA0004Menyentuh isu bajet 2016, beliau menjelaskan, PAS bersikap berkecuali kerana mengambil kira kepentingan rakyat seperti pengagihan BR1M yang di beri dapat membantu rakyat yang menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Menurutnya, keperluan 1.6 juta orang kakitangan awam serta pesara yang akan menerima imbuhan dari bajet yang di bentangkan, akan tersekat sekiranya bajet itu ditolak.

Sehubungan itu, wakil Badan Perhubungan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengingatkan semua ahli dan penyokong PAS, agar merujuk segala kekeliruan kepada ulasan pimpinan.

Beliau menekankan, dalam soal ‘menjadi penasihat’, sebagaimana kenyataan Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi, PAS bukan mahu bergabung dan menyertai kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

IMG-20151113-WA0035“hari ni orang kata PAS dah lari dari matlamat……….nak jadi penasihat Umno (tapi tak betul) Tok guru dah kata kalau Umno sedia tukar dasar dia, kita bersedia menjadi penasihat (dan) bukan masuk Umno,” katanya di hadapan lebih 200 orang peserta yang hadir.

Sementara itu Yang DiPertua PAS Setiu Ustaz Saharizukirnain menyeru agar seluruh ahli dan penyokong PAS melaksanakan aktiviti asas untuk membina kekuatan/

“kita kena balik semula pada asas kita, usrah, tamrim, qiamulail dan sebagainya perlu di semarakkkan semula,

“dalam membina kekuatan yang sedia ada,”kata beliau.