3. Kerajaan Negeri Terengganu diingatkan agar tidak berselindung di sebalik hujah “masih memperincikan”, “banyak perkara diambil kira”, “tetapi dengan syarat” dan “akan meneliti” untuk menjadi helah bagi meluluskan sebarang permohonan yang dibuat oleh syarikat pelombong demi meraih sedikit keuntungan yang tidak berbaloi untuk digadai dengan kepentingan awam rakyat Terengganu.
4. Sekiranya tetap diluluskan, masalah pencemaran bauksit seperti yang berlaku di sekitar jalan menghala ke Pelabuhan Kuantan dan kawasan perindustrian Gebeng yang berpunca daripada aktiviti perlombongan bauksit di Felda Bukit Goh dengan lori-lori yang sering keluar masuk dalam keadaan yang sangat kotor, berhabuk dan tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan oleh pihak berkuasa serta turut menyumbang kepada kerosakan jalan adalah amat tidak mustahil akan berlaku pula di Terengganu. [ Rujuk : http://drtakiri.blogspot.my/search?q=bauksit ]
5. Demi negeri dan rakyat Terengganu yang tercinta, saya sekali lagi mengulangi gesaan agar Kerajaan Negeri Terengganu tidak berdolak-dalih dalam menolak semua permohonan untuk melombong bauksit di negeri ini.
Sekian.
“Membina Malaysia Sejahtera”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin, 9 November 2015 | 27 Muharram 1437H:
Semak krisis tenaga global yang menghimpit negara, Kerajaan masih belum menyediakan suatu 'exit plan' yang jelas bagi memastikan negara tidak terus terperangkap dengan kenaikan...
KUALA TERENGGANU – Seramai 30 anggota Jabatan Amal Terengganu telah ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran sepanjang berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat...
KUALA TERENGGANU – Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Islam akan terus kekal dan tidak mampu dipadamkan walaupun berdepan pelbagai...
KUALA TERENGGANU – Lebih 100,000 pengunjung membanjiri sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat PAS Terengganu yang berlangsung dengan penuh meriah, sekali gus mencerminkan sambutan luar...
Oleh: Pyang Mamat
KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Kemaman dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi kategori reruai sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Terengganu...