Harga ayam naik punca makanan mahal

894

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/10/av6T3BMB5e.jpgKUALA TERENGGANU – Harga ayam yang dijual RM8 sekilogram bagi pasaran runcit di negeri ini bukan sahaja menyebabkan harga makanan melonjak tinggi, malah menimbulkan kesulitan kepada orang yang berpendapatan rendah.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penternak Terengganu (PPT), Wan Musa Wan Embong berkata, kenaikan harga ayam di pasaran adalah disebabkan penternak terpaksa menanggung kos kenaikan makanan ayam sebanyak RM5 bermula awal tahun sehinggalah sekarang.

“Bagaimanapun, kita menjangkakan harga ayam di negeri ini akan turun menjelang dua minggu lagi,” katanya.

Menurutnya, jika peniaga menjual ayam sekitar RM7.50 sekilogram ia masih boleh memberi keuntungan kerana permintaan ayam sentiasa ada daripada masyarakat terutama peniaga kedai makan.

“Oleh itu, PPT akan terus membuat pemantauan dari masa ke masa dan berharap peniaga tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga ayam dalam keadaan sekarang,” katanya.