Rakyat Terengganu Bakal ‘Terima Hadiah’ Kadar Tol LPT2 Yang Baru

2227

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno-BN meraikan sambutan Maal Hijrah tahun ini dengan memberikan hadiah istimewa kepada rakyat, berupa pengumuman kenaikkan kadar tol di beberapa lebuh raya di Malaysia bermula 15 Oktober ini.

Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata ia adalah antara siri pengingkaran janji-janji PRU 13 yang telah dibuat sendiri oleh kerajaan Umno-BN ketika kempen mereka.

aku janji tol turun tipu CIQ naik“selain dari janji menurunkan harga kereta dan lain-lain lagi………. kenaikan tol ini walaupun berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi tetap akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang kerana pusat ekonomi Malaysia ialah di sana.

“Manakala bagi lebuh raya yang lain, saya percaya kenaikan tol juga akan berlaku dalam masa terdekat ini kerana dikatakan kadar tol sudah lama tidak dinaikkan………hanya menunggu masa sahaja,”ujarnya.

Beliau turut percaya, rakyat negeri Terengganu akan memberi hadiah juga kepada rakyat dengan kadar tol yang baharu naik itu.

Katanya, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman telah pun berjanji pada Sidang Dun bulan Mei lalu, kutipan tol LPT2 akan bermula selepas September tahun ini.

Dengan kenaikan itu, beliau menjelaskan, keperitan rakyat menjadi ‘berganda’ akibat meningkatnya harga minyak yang dimumkan pada minggu lepas.

“baru sahaja pada minggu lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak bulanan walaupun harga minyak di pasaran dunia hanya berlegar sekitar di bawah USD50 sebarrel ketika ini,

mintak naik okt 15“ketika harga minyak dunia tinggi, alasan Umno-BN menaikkan harga kerana mengikut harga pasaran semasa tetapi apabila harga minyak dunia turun, mereka gunakan pula alasan nilai matawang Ringgit Malaysia jatuh,”jelas beliau.

Justeru itu, ADUN Bukit Payong itu mempersoalkan, apakah sebab utama yang menyebabkan matawang ringgit jatuh dan menggesa kerajaan menjelaskannya kepada rakyat.

“Soalan yang mesti dijawab oleh kerajaan ialah, kenapa RM jatuh? Apa penyebab utamanya? Mungkin faktor kenaikan harga minyak dunia diluar kawalan kita, tetapi kejatuhan nilai matawang kita adalah dibawah kawalan kita.

“Ini jelas dengan kritikan bekas Menteri Kewangan dari Umno, Tun Daim Zainudin baru-baru ini bahawa kejatuhan RM adalah kerana pelabur-pelabur sudah hilang keyakinan kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,”ujarnya lagi.

Katanya, kenyataan mantan Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno itu bermakna, Najib telah gagal memberikan jaminan dan keyakinan kepada pelabur-pelabur tentang kedudukan dan masa depan ekonomi Malaysia.