PAS Ziarah Keluarga Terbabit Kemalangan Maut

1041

SETIU – PAS kawasan Setiu melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah pada keluarga yang terlibat dengan kemalangan maut membabitkan satu keluarga, di Kampung Gong Terap, Langkap dekat sini.

Menzahirkan rasa kebersamaan itu, Yang Dipertuanya Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir telah menziarahi keluarga kehilangan empat ahli keluarga dalam kejadian tersebut.

“PAS Setiu melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serta berdoa semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian yang besar ini,”

IMG_20151012_192550“Kita juga menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban perbelanjaan keluarga yang ditimpa musibah itu,”ujarnya yang ditemui selepas menziarahi keluarga terbabit.

Menurut abang mangsa, Nazri Mohd Noor, 29, [Gambar kanan] kemalangan yang berlaku pada Jumaat di KM 94, jalan Jertih-Kuala Terengganu dekat Kampung Renek itu telah meragut nyawa Mohamad Norizan Mohd Noor, 20 tahun yang baru sahaha melangsungkan perkahwinan pada Rabu lalu.

Katanya, turut maut ibu mentuanya Norizan, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik iparnya Norma Mohd Razak,15, dan Mohd Haikal 2 tahun yg berasal dari Kampung Chetok Pasir Mas Kelantan.

Turut terbabit dalam kejadian itu ialah isteri mangsa Noraluza, 18 tahun yang cedera parah.

“kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke Gong Terap untuk majlis menghantar menantu,”

IMG_20151012_192451“isteri arwah sekarang berada di ICU, Hospital (HSNZ) dan telah menjalani pembedahan pmbuangan darah beku di kepala mlm tadi,” katanya merujuk keadaan adik iparnya yg turut sama dalam kemalangan itu.

Sementara itu pada 6 Oktober lalu, Saharizukirnain berkata, PAS Setiu juga telah membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, diatas perlantikan Ketua Polis Daerah yang baru, DSP Tuan Elias Bin Abu Bakar.

Katanya, pertemuan yang berlangsung selama satu jam setengah itu telah menyentuh keadaan isu semasa trmasuk isu mat rempit, jenayah rogol pelajar sekolah yang agak tinggi serta keadaan senario politik yang agak terkawal yang membabitkan beberapa kawasan di daerah Setiu.

“Tuan Elias juga mengharapkan agar Pas Kawasan dapat memberi kerjasama dalam segala isu yang berlaku dan mengaalu-alukan kehadiran rombongan PAS Setiu,

IMG_20151012_192335“Pertemuan ini telah dapat mengeratkan hubungan antara pihak polis dengan pihak PAS dan kita berharap agar pihak polis dapat melibatkan kita dalam aktiviti kemasyarakatan,”kata Sahari.

Turut sama dalam pertemuan tersebut adlah Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Setiu, Dewan Pemuda dan Muslimat.

Ustaz Saharizukirnain berkata, pihaknya juga sedang menjalanakan usaha menjalinkan hubungan dengan agensi kerajaan lain seperti bomba,hospital dan sebagainya akan kita teruskan dari semasa ke semasa.