

“Apa yang kita lakukan hari ini membuktikan kita (PAS) boleh memberikan alternatif pendidikan yang lebih baik, yang memberikan penumpuan bukan sahaja kepada pencapaian akademik tetapi juga aspek jasmani disamping rohani,
“dengan sistem pendidikan yang kita kemukakan, membuktikan perjuangan Islam melalui PAS bukan hanya menumpukan aspek politik semata-mata,”kata Ustaz Ridzuan Hashim, ketika measmikan Sukaneka Pasti Kuala Nerus Kali Pertama, di Mengabang Telipot, disini, Sabtu 9 Oktober.
(Gambar – peserta sukaneka, anak-anak PASTI Kuala Nerus melintasi pentas utama dalam perarakan masuk kontinjen)
Menurutnya, PAS membina generasi masa hadapan berteraskan Islam bagi menghadapi ‘kerosakan’ yang sedang melanda dalam masyarakat umat Melayu Islam masakini.
Katanya, setiap hari berita di dada akhbar mendedahkan suasana ‘keruntuan akhlak dan moral’ yang amat menakutkan pada hari ini.
“suasana kerosakkan yang melanda masyarakat kita hari ini, sangat menakutkan kita, kerosakkan (sedang) melanda umat Islam bangsa Melayu, (berdasarkan) angka-angka jenayah yang berlaku semuanya dipelopori oleh (mereka yang) sebangsa dengan kita, bangsa Melayu Islam,”jelasnya.
Menurutnya, perkara yang paling membimbangkan adalah gejala membuang bayi dan kelahiran anak-anak luar nikah.
Katanya, sepanjang tahun 2009, lebih 17,000 anak-anak luar nikah yang dilahirkan diseluruh semenanjung Malaysia dan 83 peratus adalah dikalangan orang Melayu Islam.
Oleh itu, PAS tidak memandang ringan gejala keuntuhan sosial yang sedang berlaku dengan memastikan pembinaan generasi masa hadapan yang lebih baik melalui pendidikan Islam.
http://www.youtube.com/watch?v=tLPkpJsRT7A
http://www.youtube.com/watch?v=8LhGEXTzDZw




























