Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Dato’ Syeikh Abd Hamid bin Md Tahir di atas pemergian Almarhum tanggal 27 Zulhijjah 1436 bersamaan 11 Oktober 2015.
2. Pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan besar bagi ummah, setelah sekian lama beliau menyinari hati-hati umat Islam melalui penyampaian ilmu dan dakwahnya tanpa rasa jemu. Sekalipun terhalang dalam menyampaikan kuliah kerana keuzuran di akhir hayatnya, beliau menghabiskan masa untuk mengarang pula seperti yang dilakukannya sewaktu menjadi pendidik di beberapa buah institusi pengajian dahulu.
3. Almarhum Dato’ Syeikh Abd Hamid juga adalah merupakan pemikir Islam yang hebat sehingga melayakkan beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah; lalu menjadi penyumbangsaran penting dalam beberapa isu yang membabitkan kepentingan ummah.


5. PAS Kedah mendoakan semoga roh Almarhum ditempatkan bersama orang-orang yang diberi keistimewaan oleh Allah SWT serta berharap ahli keluarganya dapat bersabar terhadap kehilangan orang tersayang.
Ustaz Dr Ahmad Fakhrudin bin Syeikh Fakhrulrazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
11 Oktober 2015/28 Zulhijjah 1436




























