MARANG – Mantan ADUN Alor Limbat, Allahyarham Alias Abdullah disahkan meninggal dunia setelah ditembak dibahagian dapur dirumahnya, di Kampung Alor Limbat Bukit Payong,dekat sini, kira-kira jam 2 petang hari ini, Jumaat 9 Oktober.


“Pada 9/10/15 jam lebih kurang 2 ptg, mangsa sampai balik dr solat jumaat dan berehat di bahagian luar dapur belakang rumah,
“Mangsa dipercayai telah ditembak oleh dua lelaki Melayu menaiki motosikal tiada no pendaftaran,”menurut mesej tersebut.


Pada kira-kira jam 4.15 petang, jenazah Alahyarham dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nurzahirah.
Sehubungan itu, ADUN Alor Limbat YB Ariffin Deraman mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan meminta mereka bersabar menghadapi dugaan dari Allah itu.
Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu berkata demikian ketika dihubungi, turut berada di hospital Sultanah Tianku Nurzahirah, Kuala Terengganu.




























