KUALA TERENGGANU – Bencana jerebu yang melanda negara hingga Kementerian Pendidikan terpaksa menutup sesi persekolahan di 11 buah negeri selama dua hari.


Di Hulu Terengganu, Ketua Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar, Ustaz Alias Salleh dan Ketua Ameerah Hulu Terengganu, Saniza Abd Rahman turut mengagihkan topeng muka percuma.
Ustaz Alias berkata PAS amat mengambil perhatian yang serius dengan masalah bencana yang melanda negara termasuk jerebu.
Oleh itu, katanya topeng penutup muka diagihkan secara percuma kepada para pengguna jalan raya.
“Kita beri percuma setiap seorang satu topeng muka yang boleh menutup mulut dan hidung untuk hindari masalah jerebu yang semakin teruk melanda negara.
“Kita nasihatkan pengguna supaya memakai topeng muka dan meminum air yang secukupnya,” ujarnya.
Menurutnya, sebanyak 400 keping topeng tersebut diagihkan dan penerimaan rakyat cukup baik kepada PAS.


Katanya, rakyat terutama pengguna jalan raya masih tidak mengambil langkah berjaga-jaga dengan bahaya jerebu ini.
“Mereka (rakyat) keluar bekerja tanpa menggunakan pelindung atau topeng muka yang boleh menutup mulut dan hidung.
“Kita (PAS) beri mereka topeng percuma dan nasihat supaya banyak minum air dan kurangkan aktiviti luar secara terbuka,” ujarnya.
Menurutnya, akibat bencana jerebu yang teruk ini ramaiorang mengadu sakit tekak, pedih mata, selsema, sesak nafas dan batuk.
Kata beliau, topeng muka percuma selesai diagihkan dalam masa setengah jam dengan bantuan sukarelawan Jabatan Amal Dungun.


Ketua Kebajikan Muslimat PAS Kuala Terengganu, Azizah Mahmood berkata kesedaran rakyat amat rendah kerana masih ramai yang tidak mempedulikan tentang bahaya jerebu.
Menurutnya, rata-rata pengguna jalan raya membabitkan motosikal masih tidak memakai pelindung hidung dan mulut sebagai langkah keselamatan.
“Bila kita (PAS) bagi (beri) baru mereka sedar bahaya jerebu dan mula memakainya. Kita dapat agihkan sebanyak 1,000 keping topeng muka itu kepada rakyat,” jelasnya.
Katanya, PAS mendahului pihak lain dalam melaksanakan program mengagihkan topeng penutup muka tersebut.



























