Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Aktivis yang berupaya menanangi pentadbiran ‘Fardhu Kifayah’semakin berkurangan dalam masyarakat yang semakin moden kini, termasuk di kampung-kampung.


Bertolak dari itu, Lajnah Kebajikan dan kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Pengurusan Jenazah, bagi melatih orang ramai menyedari tentang ‘tanggungjawab sosial’ itu.
Pengerusi Lujnah tersebut, Puan Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata kesedaran masyarakat tentang Fardhu Kifayah adalah amat penting.


“tetapi perlu di pelajari dalam mengambil tanggungjawab pada masa-masa (ketiaka) yang di perlukan dan (ia) perlu ada pelapisnya (aktivisnya),”tegasnya.
Beliau berkata demikian di hadapan 150 orang peserta Bengkel Pengurusan Jenazah yang diadakan di Dewan Dato’ Wan Mutalib Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu pada Sabtu, 4 Oktober.
Bengkel yang dikendalikan oleh ‘orang lama pemandi mayat’ Puan Hajah Kalsom (Makcik Som) memberi pendedahan tentang cara pengurusan selepas meninggal, proses semasa memandikan dan penyediaan serta cara mengkafankan jenazah.


“saya rasa tidak rugi untuk belajar fardhu kifayah ini………..kita mungkin akan melakukannya satu masa dan bengkel ini boleh di buat berterusan untuk orang muda mempelajarinya” ujar beliau
Sehubungan itu, Pengarah Bengkel Puan Wan Mariam Wan Ahmad menyifatkan program tersebut amat berjaya dan berazam akan meganjurkan siri kedua dan ketiga bagi meningkat kemahiran orang ramai.
“alhamdulillah………. satu kejayaan yang kita tak menjangkakan mendapat sambutan dari orang ramai dan sanggup datang dari jauh, in sha Allah Lajnah Kebajikan akan meneruskan lagi untuk siri akan datang,” ujarnya ketika menutup bengkel tersebut.


























