Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Kerajaan Perlu Jelaskan Perbezaan Harga Jualan RM344.8juta TRT-ETGO

Kerajaan Perlu Jelaskan Perbezaan Harga Jualan RM344.8juta TRT-ETGO

Kerajaan Malaysia perlu segera memberi penjelasan berkaitan penjualan kilang penghancuran dan penapisan canola dan soya milik Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Twin River Technologies-ETGO (TRT-ETGO) di Kanada.

Urusniaga ini menimbulkan persoalan dan mencurigakan kepada rakyat Malaysia apabila TRT-ETGO dijual dengan harga yang rendah berbanding harga yang ditawarkan oleh 5 syarikat pembida antarabangsa.

IMG_20151005_101042Menurut beberapa laporan akhbar tempatan melaporkan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata dalam satu majlis pada 11 Ogos 2015 dan mengesahkan FGV masih meneruskan perbincangan dengan 5 syarikat antarabangsa yang berminat.

Pada Julai lalu, Bloomberg melaporkan FGV dijangka memperoleh lebih daripada RM1 bilion selepas berhasrat untuk melupuskan perniagaan penghancuran dan penapisan di Amerika Syarikat dan Kanada yang menarik minat bidaan pada harga antara AS$180 juta (RM686 juta) hingga AS$250 juta (RM953 juta).

Felda dalam satu terbitan majalah rasminya bertarikh 30 Ogos 2015 melaporkan FGV telah menjual TRT-ETGO dengan harga RM608.2juta .

Ini menunjukan satu urusniaga meragukan kerana melibatkan jumlah nilai jualan yang jauh lebih rendah dari dilaporkan Bloomberg sehingga perbezaan harga mencecah RM344.8juta.

Pihak Hal Ehwal Felda Pas Pusat merasakan jika pihak kerajaan gagal memberi penjelasan yang menyakinkan dalam tempoh terdekat, satu laporan kepada SPRM akan dibuat .

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat
5 Oktbober 2015

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan