Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

PAS Rantau Abang Ucap Syukur, Terima Kasih

PAS Rantau Abang Ucap Syukur, Terima Kasih

Parti Islam SeMalaysia (PAS) DUN RANTAU ABANG ingin merakamkan rasa syukur kepada Allah dan mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera PAS dari perlbagai peringkat serta orang perseorangan yang bertungkus-lumus dan menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam menjayakan HIMPUNAN PAS HARAPAN SEMUA (HARAP 3.2) yang baru sahaja berakhir semalam.

cikgu aliasSaya juga mewakili PAS Kawasan Dungun mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada semua Rakyat Terengganu yang hadir ke HARAP 3.2 yang berlangsung pada 17, 18 & 19hbSeptember 2015, di Pulau Serai, Dungun.

Semoga sumbangan dan sokongan daripada anda semua akan terus memberi semangat kepada Pas khususnya dalam meneruskan agenda rakyat demi memartabatkan Islam di bumi Terengganu ini,

Dalam usaha mengembalikan kegemilangam Terengganu kepada pemerintahan Islam yang diterajui oleh PAS ini memerlukan sokongan dan dokongan daripada semua.

Akhir sekali sekali lagi tahniah dan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam HARAP 3.2.

BERISTIQAMAH SEHINGGA KEMENANGAN
YB ADUN RANTAU ABANG
CIKGU HJ ALIAS BIN HARUN
KETUA UNIT PERSIAPAN TEMPAT HARAP 3.2
Pulau Serai , Dungun.
20 hb September 2015
06 Zulhijjah 1436H

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan