Bersama PAS Selamatkan Negara

777

Keadaan negara semakin buruk oleh pelbagai kegagalan pengurusan ekonomi, terbongkarnya pelbagai salah laku penyelewengan dan rasuah berskala besar, isu 1MDB dengan hutang RM42billion, Tabung Haji, MARA, gagalnya projek2 mega yg menghabisi sumber kewangan negara seperti KLIA2 bernilai RM4billion yg sedang mendap, penderitaan warga FELDA oleh kegagalan FGV yang menjadikan peneroka sebagai mangsa, sehinggalah kepada isu isu diperingkat negeri Terengganu yg paling besar berbelanja dengan boros sehingga lebih RM2billion setahun, namun rakyat tetap kekal miskin dan ketinggalan.

Keadaan ini berpunca dari kegagalan urustadbir dan kepimpinan Barisan Nasional yg semakin menyeleweng dari tanggungjawab menunaikan amanah menguruskan negara dengan berintegriti, cekap dan telus. Keadaan yg sama berlaku di peringkat negeri Terengganu.

Negara ini perlu diselamatkan.

Barisan Nasional perlu diganti segera sebaik ada ruang yg dibenarkan perlembagaan dan undang undang melalui proses demokratik.

Usaha ini perlukan sokongan segenap lapisan masyarakat dan tidak boleh lagi dilengahkan gelombang kebangkitannya melalui usaha usaha menzahirkan angin perubahan tersebut.

PAS sebagai parti yg paling memposisikan organisasinya sebagai pilihan menggantikan UMNO bagi menjaga amanah Agama Islam dan kepentingan umat Islam yg majoritinya Melayu yang merupakan kelompok terbesar dari populasi 30 juta rakyat Malaysia.

PAS menawarkan kepimpinan yang mempunyai pegangan yg teguh berprinsip pada dasar Islam, yg mempunyai segala formula penyelesaian yg mampu memacu pembinaan negara yg lebih baik, bersih, sejahtera, maju, berakhlak dan dinamik yg memelihara kepentingan seluruh rakyat Malaysia yg majmuk dan berkepelbagaian bangsa dan agama.

Penganjuran PIHAK 6.0 bertujuan menyambung gelombang yg telah dibentuk dari program PIHAK 1.0, 2.0, 3.0 , 4.0 dan 5.0 di negeri negeri lain yg mendapat sambutan hebat dari rakyat di seluruh negara.

PIHAK 6.0 adalah program peringkat Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Selaku Pengarah kepada PIHAK 6.0, saya menyeru seluruh lapisan rakyat dari pelbagai golongan untuk turut serta pada pukul 9.00 malam, Sabtu, 22 hb Ogos 2015 bertempat di Pasar Baru Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Pidato pidato isu panas dalam negara dan isu tempatan akan disampaikan oleh kepimpinan tertinggi PAS diperingkat nasional seperti YB Ustaz Hj Idris Ahmad, Naib Presiden PAS, YB Dato’ Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agong PAS serta YB Ustaz Saiful Bahri Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Semoga dengan adanya sambutan rakyat dalam menjadikan perhimpunan ini berjaya akan mencetus gelombang perubahan lebih besar dan memberi mesej yg jelas agar kerajaan BN yg korup dapat segera digantikan.

Bersama PAS Selamatkan Negara

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
PIHAK 6.0
17hb. Ogos 2015