Rumah Terbuka ARC ‘Program Bersaudara’

1288

Oleh : Haida

KUALA TERENGGANU – Majlis Rumah Terbuka Kelab Pemanduan Alternatif (Alternative Riding Club – ARC) negeri Terengganu disifatkan sebagai satu program bersaudara bagi pembonceng dan penunggang motosikal.

Ketuanya Mohd Rahim Rozali berkata juadah yang disediakan oleh kawasan-kawasan menunjukkan kesepakatan dalam ARC.

IMG-20150810-WA0130“Alhamdulillah syukur kepada Allah…….ARC Terengganu telah menjayakan satu program Rumah Terbuka ARC Terengganu 2015,

“juadah jamuan hari raya ini disediakn oleh ketua ARC di semua 8 kawasan dalam negeri Terengganu dengan menu-menu tradisi makanan melayu dan semangat inilah kita bersaudara,”katanya.
At
Beliau berkata demikian pada Majlis tersebut yang telah diadakan di Taman Reakeasi Kuala Ibai dekat sini.

Kira-kira 200 orang hadir pada majlis tersebut yang turut disertai oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Nasir dan Ketua DACS Negeri Terengganu Zulkarami.

IMG-20150810-WA0129Kehadiran Presiden ARC Malaysia Wan Ahmad Ridhuan Wan Husain merancakkan lagi majlis yang sedang berlangsung dengan ucapan beliau yang penuh semangat dan menbina.

“Majlis juga berlangsung dlm keadaan yang cukup santai dan inilah ukhuwah yang selama ini dibina melalui ARC bersama dengan ahli-ahlinya disemua peringkat dalam negeri Terengganu,”ujarnya

Beliau mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa ARC setiap kawasan kerana menjayakan jamuan hari raya ARC tahun ini yang julung-julung kali diadakan.

Beliau menyarankan agar majlis rumah terbuka tersebut dibuat dwi tahunan.