Kenyataan pimpinan DAP khususnya Lim Guang Eng (LGE) yang berterusan melakukan provokasi terhadap Presiden PAS menggambarkan akhlak rendah yang dimiliki oleh mereka. Ia mengesahkan lagi kebenaran tindakan PAS memutuskan hubungan politik dengan DAP. DAP bukanlah pimpinan harapan rakyat Malaysia.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali, yang terakhir, kenyataan tidak berasas oleh LGE dilaporkan oleh portal Malaysian Insider, bagi beliau sememangnya LGE sedang berhadapan dengan penyakit politik yang serius iaitu penyakit ‘gatal mulut’.


“Menggantungkan harapan negara dipimpin oleh parti seumpama DAP bakal meletakkan negara ke lembah kehancuran,”ujarnya.
Katanya, sudah ampai masa rakyat Malaysia pelbagai kaum bersama dengan PAS bagi melakar politik baru yang lebih stabil, adil, berakhlak dan berkebajikan.
“Tinggalkan DAP dan UMNO. Jangan biarkan negara tergadai di tangan ahli politik cauvinis dan berkepentingan seperti DAP dan UMNO.
“Pru ke 14 akan menyaksikan orang Islam Melayu khususnya dan pelbagai kaum bakal mengajar DAP yang sombong dan angkuh berpolitik khususnya di Pulau Pinang,”tambah beliau




























