Kerajaan Perlu Bangunkan Penempatan Dan Perumahan Rakyat

1099

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu digesa membelanjakan sebahagian dari pendapatan hasil royalty yang banyak untuk pembangunan yang memberi faedah kepada rakyat.

Berbanding dengan program seperti pertandingan perahu layar Piala Monsun dan pembinaan pulau bebas chukai di Tasik Kenyir, kerajaan diseru membina lebih banyak perumahan untuk rakyat.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/rumah%20duyong2.jpgAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata, penduduk di kawasan yang diwakilinya sangat memerlukan tanah dan rumah.

“dari dahulu lagi, hasrat saya untuk melihat suatu perubahan dari segi perumahan untuk rakyat, sekarang telah dibuat daerah baru Kuala Nerus tujuan untuk melihat pembangunan yang lebih pesat,

“fokus saya adalah melihat penyelesaian dalam perumahan rakyat di Pulau Duyong kerana kita tengok memang sebahagian besar (penduduk) tidak mempunyai dan menumpang hidup (di tanah orang sejak zaman berzaman,”jelasnya.

Katanya, keadaan hidup penduduk di Bukit Kandis, Gong Kijang dan Batu Enam, yang terpaksa hidup dalam keadaan yang berasak-asak di dalam rumah yang rapat-rapat sehingga rumah ‘bertemu bucu atap’.

Menurutnya, ia sangat tidak bertepatan dengan status Kuala Terengganu yang diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya.

Katanya, pada masa pemerintahan PAS pada tahun 1999 sehingga 2004 dahulu, kerajaan telah memberikan tanah kepada rakyat, sebaliknya telah dirampas kembali selepas BN berkuasa.

rumahpapandigenangiairTimbalan Pesuruhjaya 1, PAS Terengganu itu berkata, masalah tersebut tidak akan selesai sekiranya kerajaanterus ‘berpolitik’ dan hanya melaksanakan pembangunan berdasarkan keuntungan kepada para ‘kroni’.

“nilah masalah-masalah yang tidak akan selesai kalau ‘politing’ kerajaan yang memerintah masih lagi fikir keuntungan kepada pihak kroni,

“kita (sepatutnya melaksanakan pembangunan) untuk rakyat……..kerajaan perlu mengorbankan sebahagian hasil yang Allah beri untuk rakyat,

“bukan kepada benda-benda yang kurang manfaat seperti Monsoon Cup…….apa faedahnya kepada rakyat Pulau Duyong (dan) di Kenyir pula dibuat (dengan) ratusan juta wang rakyat……..adakah boleh menyelesaikan masalah rakyat?,”soal beliau

Beliau berkata banyak tanah-tanah sawah yang terbiar kerana tidak boleh diusahakan lagi, boleh diambil balik oleh kerajaan bagi tujuan memberi tanah atau membangunkan perumahan untuk rakyat.

Bahkan katanya, pihak beliau sedia memberikan kerjasama kepada kerajaan sekiranya kerajaan berhasrat untuk melaksanakannya, pihak ADUN Bukit Tunggal sedia untuk membantu.