PAS Kawasan Setiu hari ini telah berkunjung ke Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) dalam program ziarah mangsa kejadian dera yang berlaku di Kampung Banggol, Permaisuri, semalam,

Seorang kanak-kanak, adik Damia berumur 4 tahun, sepertimana berita yang disebarkan melalui aplikasi whatsapp telah didera oleh nenek tirinya.
Ibu mangsa yang di temui berkata keadaan anaknya berada dalm keadaan yang stabil dan tidak mmbimbangkan.
“Ahamdulillah, dia tak apa-apa………(lepas ni) saya bercadang untuk membawa Damia tinggal bersama saya…….. selama ini di jaga oleh nenek tirinya,
“selepas saya berpisah dengan suami,”ujarnya.
Dalam pertemuan yang singkat dan berlangsung di beranda hospital itu, Yang Dipertua PAS Kawaan Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir turut menyampaika sedikit sumbangan bagi meringankan perbelanjaan perubatan mangsa.
Dalam pada itu bekas Ketua Urusan Ulamak PAS Setiu, Ustaz Nik Razin Nik Mat yang sedang mendapat rawatan dihospitalnyang sama turut diziarahi.

“kita juga menziarahi sempat menziarahi beberapa orang petugas PAS yang sedang dirawat, yang berada di hospital,
“walaupun anak yang di dera kelmarin tidak dapat kita jumpa namun hasrat PAS kawasan tercapai dalam kebersamaan kita merasai penderitaan yang ditanggung,
“dan menghulurkan bantuan kepada mereka,”ujar Ustaz Sahari yang menambah, program yang dianjurkan Lujnah Kebajikan itu akan dilaksanakan secara berterusan.





























