MARANG – Isu yang berkaitan SMK Alor Limbat ‘yang tergantung’ sudah acapkali dibangkitkan didalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) Terengganu sejak beberapa tahun yang lalu.


“Isu sekolah alor limbat sudah acapkali saya bangkitkan didalam sidang dewan undangan negeri. Hampir setiap kali sidang dewan…….. Malangnya hampir semua soalan saya ditolak.
“Saya bawa pula isu ini didalam ucapan saya dalam dewan, bagi memohon penjelasan kerajaan,”ujarnya.
Katanya, beliau pernah melawat sekolah ‘bermasalah’ tersebut sejak awal beliau dilantik menjadi anggota DUN dan kali terakhir soalan yang dikemukakan beliau kepada wakil Ajil menyatakan, ia sedang dalam kajian.


Ia adalah penting kerana kata beliau, kerajaan menangggung kerugian jutaan ringgit kerana pembinaan sekolah tersebut yang tidak dapat digunakan sejak lima tahun yang lalu.
Menurutnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 Ogos tahun 2012, kerajaan mengesahkan dalam jawapan bertulis kos pengambilan tanah sekolah berkenaan berharga RM1,608,177.00 dan pengoperasian tidak dapat ditentukan kerana berlaku mendapan tanah.
“Kos pembinaanya pula menjangkau RM19 juta, saya pernah mencadangkan supaya diroboh sahaja sekolah itu kerana mendapan yang begitu besar dan hampir seluruh struktur bangunan terlibat, serta terdapat rekahan bangunan dimerata tempat,


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, dilaporkan oleh sebuah akhbar yang memaklumkan sekolah terbabit tidak boleh digunakan.
YB Ariffin juga berharap agar kerajaan membina sebuah sekolah yang baru bagi menampung keperluan pendidik penduduk.
“Kerajaan ada mencadangkan untuk membina sebuah sekolah menengah…….saya harap bukan di kawasan itu kerana ia jauh dari rumah penduduk,
“saya dengar nak dibuat di kampung Baru tapi bila kerajaan nak buat (tak tahu)……..sudah terlalu lama perancangannya,”jelasnya.



























