Ada Ke Patut……Gitu?

2148

Oleh; Ahmad Amzad Hashim

Ramai sungguh kakitangan kerajaan Terengganu khususnya pegawai tinggi yang merungut tentang kepimpinan negeri yang cacamarba. Cakap lain buat lain. Bercakap bukan main idealistik, fantastatik, bombastik. Tapi ila nak laksana pegawai jadi susah nak buat kerja secara betul. Banyak campurtangan. Tapi bila gagal, kakitangan pula macam dipersalahkan. Masing-masing duk merungut, kerajaan dah lah kurang duit, tapi boros macam apa…….

Papan digital tepi jalan tu entah mari dari mana, nampak kerja amatur. Yang ganti lampu ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU itu bukannya lebih cantik dari yg asal. Lagi kecil tulisannya dan lampu nampak malap tak seterang yang asal.

Sekarang asal naik kereta kat mana-mana tepi jalan mesti boleh ‘kelih’, sentiasa diperbaharui wajah-wajah besar pemimpin negeri terutamanya atas ‘billboard’. Nampak cetakan berkualiti tinggi yg kita tahu sangat mahal harganya. Kena semak berapa banyak wang rakyat dibelanjakan untuk perkara itu.

Saya dengar dari jauh, anak syarikat kerajaan negeri Percetakan Yayasan Islam Terengganu merasa dukacita dan kesal, sebab tak lagi menikmati faedah dari perbelanjaan besar untuk kerja-kerja cetakan dari pelbagai jabatn dan agensi milik kerajaan. Orang khabor, pantang ada kerja……..asyik beri kepada syarikat yang tertentu (itu) sahaja.

Bila MB umumkan program E-Book yang dah telan belanja puluhan juta ringgit wang rakyat dan gagal, tup-tup dapat idea baru pula, naik kelas jadi E-Class pulok!

Bukan ke dulu ADUN Seberang Takir jugok yang jadi Exco Pelajaran? Dulu wakil-wakil PAS acap beri ‘warning’ projek E-Book akan gagal……..dokkkk……dia kata mati-mati, dok gagal.

Buat kerja main ‘gagau’ tak dok panduan tak dok ‘research’! Tubuh dua tiga universiti dalam negeri, bila pakar-pakar buat kajian dok kena dengan ‘kehendak’ nye tolok belaka.Nak buat benda-benda babit pitih juta-juta, buatlah kajian betul-betul. Nanti anak-anak jauh dikampung tetap dapat E juga dalam kelas, yang boleh faedah, laba dan untung, jadi kaya raya orang-orang tertentu yang boleh ‘ek’ bergaya dengan mercedes E class baru pula.

Kelakarpun ada bila para kontraktor UMNO dari puak
-puak berbeza duk bersembang, masing-masing saling dedahkan penyelewengan puak yang satu lagi. Badi londeh sama sendiri. Macam DS Ahmad Said dedahkan yang DS Razif punya. Dan DS Razif dedahkan balik yang DS Ahmad Said punya. Atau Tun Mahathir dedahkan yan Najib punya, Najib pulok dedahkan Tun Mahathir punya. Termasuk beri ruang bekas DAP Tunku Aziz syarah panjang lebar, kata betapa korupnya Tun Mahathir dalam slot waktu perdana di media TV.

Dalam keadaan le ni kerajaan pusat kalut goncang hilang duit yang banyak oleh 1MDB. Kalu Ikut Tun Mahathir Malaysia dah kena tipu RM42 billion oleh Jho Low ‘and the gang’.

Dan maruah kerajaan BN pula kelihatan sangat ke longkang! bila persoalan timbul kemungkinan kerajaan yang ada berstatus haram sebab dakwaan wang RM2.6 billion wang 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib bukan sebenarnya untuk personal gain DS Najib. Tetapi didakwa bertujuan membiayai kempen Barisan Nasional dalam PRU13.

Jika benar, maka ini adalah kesalahan besar yang bukan sahaja melibatkan penyelewengan, khianat kepada negara, malah kerajaan ini benar benar haram statusnya.

Kerajaan Terengganu susah minta duit dari pusat dalam keadaan kesulitan kewangan sekarang. Bila tiada duit semua orang jadi sensitif.

Minggu ini nak buat litar motor supaya anak muda tiada lagi alasan merempit di jalanan. Minggu depannya ‘kensel’ rancangan bina litar motor. Nye nak tangkap mat rempit dan hantar sekolah pondok pula. Sebelum tu tiada siapa peduli nasib sekolah pondok. Macam ada kecelaruan jiwa di situ.

Ya, bukan pemimpin saja yg sensitif. Rakyat yg lebih merasa susah lebih lagi sensitif.

Memang patut rakyat maroh dna geram sebab ada maklumat sampai yang beritahu, buat tahlil arwah untuk keluarga pun hantar ‘claim’…….tuntut perbelanjaan minta kerajaan negeri bayarkan!

Ada ke patut….gitu…..

***Hj Ahmad Amzad Hashim, aktivis sosial yang mengemudi NGO Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
26hb Julai 2015