Mat Rempit Ke Pondok; Cadangan MB Tidak Munasabah, Tidak ‘Realistik’

1809

KUALA NERUS – Cadangan Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman untuk menangkap dan menghantar ‘Mat Rempit’ ke pondok-pondok pengajian agama disifatkan tidak munasabah dan tidak realistik.

DSC_0356 (2)Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Dr. Alias Razak mempersoalkan, bagaimana keputusan untuk membina litar lumba bagi anak-anak muda boleh ditarik balik sedangkan peruntukkannya telah dikuluskan dalam persidangan dewan undangan negeri.

Beliau menggesa Razif menjelaskan kepada rakyat, ke manakah perginya peruntukan sebanyak RM30 juta tersebut.

“ia tidak munasabah dan tidak realistik, hanya angan-angan, sekiranya mahu masukkan mat rempit atau mat motor ke pondok,

“Pondok pun tak berapa ada, habis kerajaan Umno dah jadikan sekolah-sekolah biasa, dan yang ada pun kerajaan tak bantu,

“Kerajaan dah lulus bajet untuk buat litar lumba, kenapa tiba-tiba nak batal,”soalnya lagi.

ADUN Bukit Tunggal itu bimbang, gejala rempit bukan semakin berkurang, bahkan akan bertambah parah ekoran tindakan Razif itu.

DSC_0359 (2)Katanya, cadangan membina litar lumba adalah ‘rawatan pencegahan’ yang baik kerana anak-anak muda diberi alternatif menyalurkan kecenderungan mereka ‘merempit’.

Selain itu, katanya, tindakan undang-undang yang diambil adalah adil sekiranya kerajaan telah menyedia litar lumba yang sesuai, namun masih ada yang menyertai ‘lumba haram’

“jadi kalau kita ambil tindakan undang-undang kepada ‘Mat Rempit’ yang lumba haram, ia adalah munasabah kerana telah disediakan litar yang sesuai untuk berlumba,

“tetapi tidak adil kalau kita tidak menyediakan ruang kepada mereka kerana macaman pun keadaan (sekarang ini) mereka tetap akan merempit,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pada majlis Jamuan Sempena Hari Raya, peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di Kampung Serdang Baru dekat sini pada Sabtu, 25 Julai.

DSC_0342 (2)Sehubungan itu beliau merasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga DUN Bukit Tunggal khususnya para petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.

Menurutnya, walaupun media mendakwa kononnya PAS menghadapi ‘konflik’ selepas Muktamar yang lalu, namun relalitinya sokongan rakyat semakin bertambah.

“saya tak sangka orang ramai datang (ke majlis ini) diluar jangka, saya ingat kita dah ‘bajet’ cukup tapi tadi saya diberitahu kita kena tambah lagi juadah kerana sekarang dah hampir habis,

“pelbagai peringkat yang datang termasuk dari latar belakang politik yang berbeza,”jelasnya.