Oleh : Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
PAS membantah tindakan kerajaan yang secara melulu mengambil tindakan terhadap beberapa media berhubung isu 1MDB. Tindakan ini menggambarkan sikap tidak profesionalisme kerajaan dalam menangani sesuatu isu yang tidak memberi keuntungan kepadanya. Ia juga telah mencalar hak demokratik dan kebebasan media untuk mendedahkan isu-isu penyelewengan yang melibatkan hak awam dan negara.
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan penggantungan permit suratkhabar mingguan dan akhbar kewangan harian The Edge, dan juga kes saman terhadap Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily, Taufek Yahya, adalah tindakan kerajaan yang begitu terburu-buru bertindak dalam menghukum aktivisme media di dalam negara.


4. Lebih malang lagi, masih tiada tindakan diambil terhadap media antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) yang telah mendedahkan pengaliran wang dengan jumlah yang besar ke dalam akaun Perdana Menteri. Pihak WSJ sendiri telah mengakui kesahihan laporan pendakwaan yang diterbitkan media berkenaan. Jadi, sebagaimana tuntutan rakyat agar tindakan undang-undang diambil terhadap WSJ selepas Perdana Menteri menolak dakwaan tersebut dan demi menjaga maruah negara, mengapa masih tiada tindakan lanjut diambil jika benar skandal 1MDB adalah suatu fitnah pembangkang?
5. DPPM ingin menegaskan sekali lagi bahawa sepatutnya laporan rasmi terhadap siasatan 1MDB dikeluarkan dan diutamakan terlebih dahulu oleh pihak kerajaan. Tindakan keras terhadap media hanya akan menambahkan lagi wasangka rakyat terhadap ketelusan siasatan 1MDB yang dijalankan oleh pihak kerajaan.
**YB Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul AzizKetua Pemuda adaah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Ahli Parlimen Pasir Mas






























