Dalam kesempatan yang ada ini saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat khususnya bagi mereka yang dalam erjalanan untuk kembali ke kampung masing-masing, hendaklah berhati-hati di jalan raya dan memohon keselamatan kepada Allah S.W.T supaya kita selamat sampai ke destinasi ke tempat yang dituju.
Apa pun kita merayakan perayaan ini dengan satu keyakinan bahawa kita diperintahkan untuk membesarkan Allah S.W.T dan bersyukur di atas nikmat dan petunjuknya kepada kita iaitu hendaklah kita bersyukur di atas hidayah Allah memberikan kepada kita dapat menyambut lebaran yang mulia ini kerana kita mempunyai kedukakan yang istimewa di sisi Allah S.W.T .
Tiap-tiap orang yang beramal akan dibayar ganjaran dan pahalanya oleh Allah, maka begitulah kita diganjari dengan satu syawal untuk kita menyambut hari yang mulia ini.
Oleh itu kita jangan lupa kita mempunyai tugas dan tanggungjawab, oleh kerana nikmat yang besar ialah nikmat Islam, dan hidyh Allah adalah Al-quran, maka marilah kita menyambung perjuangan yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad S.A.W sepertimana yang disebut oleh Allah.
Maka tugas dan tanggungjawab kita di samping kita menyambut hari raya eidulfitri, kita jangan lupa kepada tanggungjawab asasi dan hakiki kita, iaitulah menegakkan agama Allah S.W.T. kerana itu sebahagian daripada ucapan yang disebut didalam takbir raya.
Kembalilah kita menjadi seorang manusia menyahut seruan Allah S.W.T dengan kita tidak lupa di samping kita bersuka-ria kita menjadi manusia yang menyahut apa yang difirmankan oleh Allah, kerana dengan adanya kekuatan untuk kita membina, membantu, menolong agama Allah, akan terikat persaudaraan diantara kita dan orang-orang yang beriman yang berada di serata Negara yang berjuang dengan had dan qadar masing-masing berdasarkan kemampuan yang ada pada mereka.
https://youtu.be/Kd1Q8r1csuc
Kerana antara perkara yang penting ntuk kita ambil ingatan persaudaraan di dalam Islam adalah perkara yang sangat penting bagaimana kita melihat kesusahan dan kesulitan saudara-saudara kita di merata tempat di dunia ini, di Negara-negara mereka yang tertindas, maka disamping kita menyambut, hari lebaran hari yang mulia ini, kita jangan lupa untuk mendoakan mereka supaya mereka selamat daripada kezaliman samada mereka berada di Palestin, berada di Iraq, berada di Somalia, mereka berada di Rohingya, yang mana semua tempat itu kita hendaklah jadikan mereka saudara kita dengan kita membantu mereka, mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada mereka dan moga-moga mereka juga dapat untuk menyambut hari lebaran ini dalam keadaan mereka selamat, dalam keadaan gembira, dan riang di samping itu kita merasakan penderitaaan mereka dan kita juga membantu mereka dengan doa kita.
Itulah perkara yang penting untuk kita ambi peringatan bahawa di samping kita jadikan diri kita ini dalam sambutan hari raya ini hendaklah kita meletakkan satu asas bahawa kita semua adalah orang-orang yang menjadi hamba Allah S.W.T dan semoga diteima apabila dimasukkan dalam senarai kita menjadi orang yang bertaqwa.
Taqwa sangat penting dengan kita melihat apa yang diperintahkan oleh Allah kita laksanakan apa yang dilarang oleh Allah kita jauhkan dan tinggalkan. Mudah-mudahan kita menjadi manusia yang melihat kepada kepentingan bagimana rasulullah S.A.W wafat sebagai seorang rasul dn wafat juga sebagai seorang pemimpin.
Dan tanggungjawab itu disambung oleh para sahabat dan hinggalah kini. Maka di antara tanggungjawab di samping kita menunaikan tanggungjawab agama kita, kita mestilah menunaikan tanggungjawab politik dan pemerintahan.
Kita berusaha untuk membentuk kerajaan diperingkat kita di Malaysia ini mudah-mudahan, begitu juga di peringkat negeri, begitu juga d peringkat kerajaan tempatan. Dengan usaha kita, ia akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Selamat Hari Raya, mudah-mudahan diterima segala amalan kita di bulan Ramadhan.
Wan Hassan Mohd Ramli
Ahli Parlimen Dungun
Yang Dipertua PAS Dungun
29 Ramadhan, 1436H/ 16 Julai 2015











