BESUT – Prihatian dengan musibah menimpa peneroka felda Tenang, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Terengganu, YB Dr. Alias Razak melihat sendiri sisa kejadian kebakaran yang menimpa seorang peneroka Felda Tenang pada malam 22 Ramadhan yang lalu.
Hampir keseluruhan stuktur rumah Abdullah Kassim musnah dan kerugian dianggarkan mencecah RM200 ribu. Beliau masih mampu bersyukur kerana tiada ahli keluarganya cedera dalam kejadian pada jam 11:30 malam.
“Saya dikejutkan oleh salah seorang daripada anak saya yang memberi tahu api sedang marak dari sebuah bilik, dalam keadaan kelam kabut saya memastikan isteri, anak dan cucu saya selamat
“Siapa pun tidak mahu hadapi ujian sebegini” ujarnya ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada YB Dr Alias.
Dr. Alias yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Orang Asal negeri menyampaikan ucapan takziah daripada Pas Terenggganu kepada mangsa.
Turut bersama mengiringi Dr. Alias yang juga ADUN Bukit Tunggal semasa lawatan itu ialah Pengerusi ANAK Terengganu Naraza Mudadan Timbalannya Cikgu Solahudin Jaafar yang juga Pengarah MTD Hulu Besut.
Naraza mengucapkan takziah kepada mangsa dan terima kasih kepada pimpinan PAS Terengganu kerana prihatin masyarakat peneroka Felda, beliau yang juga Pengerusi ANAK Terengganu turut bersama dalam kunjungan mangsa kebakaran menjelang syawal .
Sementara itu dalam perkembangan lain, di Felda Kertih 6, seorang pewaris kapada peneroka Felda kehilangan tempat tinggal dalam kejadian hanya 24jam selepas kejadian di Felda Tenang.
Rosmadi Yahya, 40, kehilangan rumah pusaka orang tuanya yang musnah dijilat api dalam kejadian jam 3:30petang 23 Ramadhan. Ketika kejadian tiada sesiapa di rumah kerana berada di tempat kerja.
Beliau yang sudah kehilangan kedua orang tuanya dan ibunya pergi meninggal keluarga 3 bulan lalu, sedih dan menerima ujian ini sebagai takdir hidupnya.
Rosmadi anak sulung daripada lima beradik mula mengambil alih urusan peneroka felda ini selepas kematian kedua orang tuanya. Dalam kejadian ini beliau hilang rumah pusaka dan kerugian dianggarkan RM150 ribu.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pihak Majlis Tindakan Dun Kemasik kerana sudi mangziarahinya. Haji Amri Mamat menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak Pas kemasik dan Persatuan ANAK Terengganu serta Lajnah Kebajikan Pas Terengganu.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda, Naraza Muda turut hadir dalam kunjungan di tapak rumah yang musnah di Felda Kertih 6.









