PRN; PAS Sarawak Akan Tanding 7 Kerusi

2798

Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Perhubungan PAS Negeri Saarawak (BPPNS) telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada Sabtu, 4 Julai 2015 dan memuktamadkan senarai lengkap organisasi BPPNS sesi 2015-2017.

2. Ahli Jawatankuasa yang akan memegang portfolio lajnah dan jabatan adalah seperti dalam senarai yang disertakan. Pimpinan PAS Sarawak ini adalah kombinasi professional, lulusan agama dan aktivis. Organisasi ini juga mengetengahkan gabungan pemimpin berpengalaman dan anak muda serta menonjolkan majoriti anak tempatan Sarawak.

3. PAS akan terus memberikan penekanan terhadap agenda politik, dakwah, pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan. Program-program memasyarakatkan PAS melalui Projek Untukmu Sarawak (UMS) akan diteruskan bagi menarik sokongan rakyat kepada PAS.

4. Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Kali Ke-11 akan tamat tempoh matangnya dan Pilihanraya perlu diadakan selewat-lewatnya pada 22 Jun 2016. Dalam PRN akan datang, PAS akan bertanding di sekurang-kurangnya di 7 Kerusi DUN dengan tambahan kerusi masih dalam perundingan.

PhotoGrid_1436154454683(1)5. Misi PAS dalam PRN akan datang ialah untuk menghantar ADUN Sulung PAS ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Ini bagi memastikan PAS mampu untuk bersama-sama berpartisipasi dalam dewan pembuat dasar dan sekaligus menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Rakyat Sarawak.

6. Meskipun DAP Sarawak telah memutuskan hubungannya dengan PAS Sarawak, PAS kekal komited dengan keberadaan Pakatan Rakyat untuk mewujudkan blok pembangkang yang kuat dalam berhadapan Barisan Nasional. Ini bagi mewujudkan sistem semak dan imbang (check and balance) yang akan menatijahkan sistem kerajaan yang lebih baik, telus dan efisien.

7. Di kesempatan ini juga, PAS Sarawak ingin mengucapkan Ramadan Kariim, Selamat Berpuasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat serta Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga kita semua diberikan kekuatan berubah ke arah kebaikan serta sentiasa mendokong perjuangan menegakkan keadilan.

Sekian, terima kasih.

TUAN HAJI ADAM AHID
(PESURUHJAYA PAS SARAWAK)

*********************

AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS) Sesi 2015 2017

Pesuruhjaya
Haji Adam Bin Ahid
(Pengerusi Lajnah Politik & Pilihanraya)

Timbalan Pesuruhjaya 1 (Zon Utara)
Haji Jofri Bin Jaraiee
(Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal
serta Asas Tani & Alam Sekitar)
(Yang DiPertua PAS Kawasan Miri)

Timbalan Pesuruhjaya 2 (Zon Tengah)
Ir. Mohd Azwani Bin Abdul Rani
(Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pengurusan Harta PAS)
(Yang DiPertua PAS Kawasan Bintulu)

Timbalan Pesuruhjaya 3 (Zon Selatan)
Ustaz Salman Bin Hisham
(Pengerusi Lajnah Dakwah)

Setiausaha
Engr. Mukhtar Bin Suhaili
(Juga merupakan AJK PAS Pusat)

Bendahari
En. Zulkipli Bin Ramzi
(Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Harta PAS)
(Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Samarahan)
(Setiausaha Kerja BPPNS)

Ketua Penerangan
Haji Kiprawi Bin Aman

Pengarah Pilihanraya
En. Zharudin Bin Narudin
(Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS)

*********************

Ketua Dewan ‘Ulamak
Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir

Ketua Dewan Pemuda
En. Mohammad Arifiriazul Bin Paijo

Ketua Dewan Muslimat
Ustazah Juliani Binti Adini

*********************

Penolong Setiausaha 1
En. Muhammad Nizar Bin Ahmad
(Setiausaha PAS Kawasan Kota Samarahan)

Penolong Setiausaha 2
En. Abang Abdul Raini Abang Abdullah
(Setiausaha PAS Kawasan Petra Jaya)

Penolong Setiausaha 3
Cik Dayangku Huda Binti Ahmad

*********************

AJK Lantikan

Pengerusi Lajnah Pendidikan
Dr. Azman Bin Faiz

Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah
Ustaz Mohd Arsyad Bin Ariffin

Pengerusi Lajnah Penerangan & Hubungan Media
Cikgu Mohamad Shokri Haji Ahmad Fauzi

Pengarah Pusat Pengurusan Kecemasan & Bencana
En. Mohd Syah Bin Anuar

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional & Hubungan NGO
En. Syamsul Bahrie Bin Mohamad

Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
En. Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi

Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Pengkaderan
Ustaz Nur Islam Bin Abdul Rahman

Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
En. Fata Bin Walid

**********************

Yang DiPertua PAS Kawasan Petra Jaya
En. Rashidi Bin Hassan

Yang DiPertua PAS Kawasan Batang Lupar
En. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

Yang DiPertua PAS Kawasan Batang Sadong
Cikgu Asan Bin Singkro

Yang DiPertua PAS Kawasan Sibu
Ustaz Isa Daud Al-Maranji

Yang DiPertua PAS Kawasan Mukah
En. Awang Adenan Bin Awang Wasli

Yang DiPertua PAS Kawasan Santubong
En. Andri Zulkarnaen Bin Hamden

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Sarawak
Ustaz Shakir Bin Hashim

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Sarawak
En. Hamdan Bin Sani

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Sarawak
Cik Hamidah Binti Mokhtar

Setiausaha PAS Kawasan Batang Lupar
En. Asri Bin Mostapha

Setiausaha PAS Kawasan Batang Sadong
En. Abdul Rahim Bin Haji Omar

Setiausaha PAS Kawasan Miri
En. Abdul Hadi Bin Alias

Setiausaha PAS Kawasan Bintulu
En. Kamarul Ariffin Bin Abdullah Zauaui

Setiausaha PAS Kawasan Sibu
En. Fadhil Bin Omar

Setiausaha PAS Kawasan Mukah
Ustaz Nizar Bin Mahzir

Setiausaha PAS Kawasan Santubong
En. Hisham Bin Adam

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
Mr. Yeo Kian Leong

English version

“The members of the Working Committee for Sarawak PAS Liaison Session 2015-2017”

1. Please be informed that Sarawak PAS Liaison held its first meeting
on Saturday, July 4, 2015 and conclude a comprehensive list of
organizations Liaison of Sarawak PAS 2015-2017 session.

2. Committee members who will hold the portfolio committees and
departments are included in the list. Sarawak PAS leadership is a
combination of professional, religious graduates and activists. The
organization also highlighted the combination of experience and youth
leaders as well as highlighting the vast majority of locals Sarawak.

3. PAS will continue to give emphasis on the political agenda,
missionary, education, and social welfare. These programs promote PAS
through the project of “Untukmu Sarawak” (UMS) will continue to
attract people’s support for PAS.

4. The 11th Sarawak State elections will be expired maturity and the
elections should be held not later than June 22, 2016. In the next
state elections, PAS will compete in at least 7 seats with an
additional seat is still under negotiation.

5. PAS mission in the next election is to send Inaugural PAS
assemblymen to the State Legislative Assembly (DUN) Sarawak. This is
to ensure PAS are able to jointly participate in Legislative
policymakers and thus contribute the progress and development of the
Rakyat Sarawak.

6. Although DAP Sarawak severed all ties with Sarawak PAS, PAS remains
committed to the existence of PR to create a strong opposition bloc in
the face of the Barisan National. This is to create a system of checks
and balances which will result in a better system of government,
transparent and efficient.

7. On this occasion, Sarawak PAS wishes Happy Fasting Ramadan to all
Muslims and Muslimat and Happy Hari Raya Eid Fitr. That all of us be
given the power to change for the better and always support the
struggle for justice.

Thanks and regards

Signed on behalf of TUAN HAJI ADAM AHID
(SARAWAK PAS COMMISSIONER)