Harap Anak Hilang Di Laut, Akan Pulang Selamat

960

KEMAMAN – Bapa kepada seorang daripada tiga nelayan yang hilang sejak 21 Jun lalu berharap anaknya dan rakan-rakannya dapat pulang dengan selamat.

Muda @ Abu Bakar Salleh iaitu bapa kepada Azuari, 41, berkata sekiranya gagal menemui ketiga-tiga mereka yang juga merupakan saudaranya, setidak-tidaknya dapat ditemui bot mereka sudah memadai.

“Saya sedar harapan untuk menemui mereka dalam keadaan selamat agak tipis.

“Tambahan pula semalam ditemui mayat Mohd Zawawi Seman, 36, yang terapung di perairan Pulau Kapas.

“Kita mahu ketiga-tiganya ditemui semula. Namun kita masih tidak mengetahui sama ada bot mereka karam atau sebaliknya,” katanya.

IMG_20150706_141402Empat nelayan itu dilapor hilang setelah keluar menangkap ikan di sekitar perairan Kemaman tanpa sehingga kini terdapat sebarang petunjuk tentang kehilangan mereka.

Muda berkata beliau bersama 21 nelayan lain turut keluar mencari sehingga ke Pulau Tenggol, Dungun.

“Saya sempat melakukan solat hajat di pesisir pantai pulau tersebut dan sebaik menerima panggilan (mengenai penemuan mayat Mohd Zawawai),

“kami segera bergegas balik ke Kemaman dan hampir dua jam kami dilanda ribut berserta angin kencang sepanjang perjalanan pulang,” katanya

[Gambar – Muda@ Abu Bakar Salleh bersama ADUN Chukai Hanafiah Mat serta pasukan sukarela mencari dan menyelamat, meneruskan usaha]

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, pasukan sukarela PAS DUN Chukai akan menerukan usaha mencari dan menyelamat.

“kelmarin hantar sebuah bot…..cari dipersekitaran Pulau Kapas……..dan hari ni kita cari lebih jauh sehingga ke Pulau Bidong dan Pulau Yu,:ujarnya ketika dihubungi