Ribut Petir; Anggota Unit Amal Bantu Pihak Bomba dan Penyelamat

969

KUALA TERENGGANU – Para petugas dari Jabatan Amal (Unit Amal) bandaraya ini telah kerjasama dengan penduduk kampung serta anggota Bomba dan Penyelamat, memotong dan mengalihkan sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut petir yang melanda di beberapa buah lokasi kelmarin.

IMG-20150704-WA0192Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu Mohd Azrin Aris berkata, sukarelawan amal terbabit telah bertungkus lumus sebaik selesai solat tarawikh dan berakhir kira-kira jam 12 tengah malam.

“seramai 10 orang petugas Unit Amal telah turun membantu kerja-kerja yang dilakukan bermula kira-kira jam 9.45 malam, sebaik selesai solat tarawikh dan selesai hampir jam 12 tengah malam,

IMG-20150704-WA0195“penduduk berkata, kejadian ribut petir berlaku pada jam 6 petang ketika mereka sedang membuat persiapan untuk berbuka puasa,”ujarnya ketika ditemui di Kampung Pulau Rusa selepas meninjau kerja-kerja gotong royong tersebut.

Katanya, ribut yang melanda hanya mengambil masa kira-kira selama 15 minit namun kesan mala petaka tersebut agak luarbiasa.

Walaupun sebahagian penduduk telah terputus bekalan elektrik kerana ditimpa pokok itu, beliau bersyukur kerana tiada sebarang kemalangan yang melibatkan nyawa.