KUALA TERENGGANU – Anggota Polis dan Bomba yang bertugas pada Khamis malam 15 Ramadhan di beberapa balai sekitar bandaraya ini telah dikunjungi oleh Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu.
Menurut Ketuanya, Mohd Azrin Aris, ‘Program Singgah Sahur’ itu bermula jam 11.30 malam dan berakhir kira-kira jam 2.30 pagi.
“program singgah Sahur telah berjaya diadakan pada hari khamis bermula jam 11.30 malam, untuk merapatkan silaturrahim dan menunjukkan keprihatinan kami kepada penjawat awam,


Selepas itu, kata beliau, rombongan seramai 25 orang pemuda itu telah singgah dibeberapa balai lain termasuk Balai Polis dan Balai Bomba Kuala Terengganu.
“kami seramai 25 orang berkonvoi pula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Ibu Pejabat Bomba Kuala Terengganu dan balai polis Chabang Tiga serta Pondok Polis Kota,
““Alhamdulillah kami disambut baik oleh semua anggota Polis dan Bomba yang bertugas di premis yang kami lawati,”ujarnya.


Oleh itu , bagi pihak pemuda Kuala Terengganu, Azri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, terutama para ‘muhsinin’ yang telah menyumbang juadah sahur serta khurma.
“Program yang julung kali diadakan…………pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang juadah sahur dan juga YBM Ahli Parlimen Kuala Terengganu kerana sudi bersama dalam menjayakan program ini.
“In-shaa-Allah akan datang program sebegini akan dapat kami teruskan lagi dan lebih besar meliputi seluruh jabatan dan swasta yang bertugas sepanjang malam Ramasdhan,”tambah beliau




























