KUALA TERENGGANU – Manusia berhadapan dengan suasana dunia yang sangat ’terbuka’ dan media yang sangat berkembang masa kini, dengan penciptaan banyak teknologi yang ada.
Pada masa yang sama, kata Ketua Penrangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah, lebih ramai orang yang ‘jahat’ daripada orang yang baik.


“kerana itulah Allah Ta’ala sebut dalam surah al-Hujarat (sebagai panduan kepada aktivis media) yang menjadi asas tarbiah,”ujarnya.
Oleh itu, tegas beliau, para aktivis media mestilah menjadi wartawan yang ‘mujahid’ bukan menjadi wartawan yang ‘fasiq’.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Iftar anjuran bersama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan Lujnah Penerangan & Hubungan Media Muslimat PAS Terengganu.
Katanya, wartawan yang berjuang, akan bertanggungjawab dihadapan Allah atas apa yang mereka tulis.


“maka segala peranan itu hendaklah kita perkasakan,”katanya pada Rabu 30 Jun dihadapan hampir 70 orang peserta yang terdiri daripada petugas penerangan dan aktivis media.
Hadir dalam majlis itu adalah Ketua Muslimat PAS Terengganu Puan Safiah Jusoh, Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Terengganu merangkap Pengerusi KAMI Dr Azman Ibrahim,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Ketua Ameerah Zuraida Mohd Nor.


























