Kepimpinan PAS di semua peringkat terlaksana secara kolektif dengan gabungan pelbagai latarbelakang dari aspirasi semasa ahli akar umbi. Tidak timbul penguasaan oleh mana-mana pihak tertentu kerana setiap kepimpinan yang ada tertakluk kepada dasar PAS iaitu Islam.
2. Kepimpinan adalah amanah yang akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT. Demikian itu, memastikan kepimpinan yang ada sentiasa dilandasan betul di sisi Allah dalam rangka keredaan-Nya, rujukan tertakluk kepada kami adalah al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama dan qiyas sebagaimana ternyata pada Perlembagaan PAS.
3. Akhirnya, segala objektif, halatuju dan gerak kerja serta arahan dari keputusan kepimpinan adalah untuk kepentingan Islam semata-mata, di mana terserah kepada penilaian umum memberi tanggapan ke atas PAS Kedah, tetapi insya-Allah akan kami buktikan dengan kerja.
4. Dalam sejarah PAS amnya dan PAS Kedah khususnya, tidak pernah parti ini ketandusan pemimpin. Pelapis sentiasa dibina dan terbina atas dokongan menyambung risalah perjuangan Islam yang tidak akan terpadam hingga hari kiamat sebagaimana dijanjikan Allah.
5. Malah, di dalam PAS terbukti usaha mencetak kepimpinan berlaku secara berstruktur menerusi perjawatan, tugasan dan pelbagai program pembinaan yang dijalankan hingga hari ini telah melahirkan ramai tokoh nasional dan antarabangsa.
6. Lawan politik PAS adalah Umno-BN dan PAS Kedah tekad untuk mengembali dan menyambung kejayaan kepimpinan lalu memerintah negeri Kedah, insya-Allah. Kami yakin dengan gabungan kepimpinan yang ada, kesetiaan ahli, perancangan dan tindakan bersama, kepercayaan rakyat dan pertolongan Allah SWT, perkara tersebut dapat direalisasikan.
7. PAS Kedah percaya, rakyat negeri ini telah melihat dan dapat membuat perbandingan adil antara tempoh pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sesi lalu dibawah kepimpinan Almarhum Tan Sri Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dari Kerajaan BN Negeri Kedah yang diterajui Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir.
8. Terbukti, Mukhriz bukan sahaja gagal menyambung pelbagai perancangan untuk memacu Kedah ke arah mensejahterakan rakyat seluruhnya, bahkan segala impian dilontarkannya sehingga kini tidak lebih hanya sebuah angan-angan. Idea dilontarkannya bukan sahaja tidak realistik dan tidak dapat dicapai secara nyata setelah dua tahun memerintah, bahkan tidak mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan.
9. Demikian itu, PAS Kedah menawarkan kesediaan bahawa kami untuk berkhidmat kepada rakyat negeri Kedah seterusnya mengangkat kembali sebuah pemerintahan untuk kepentingan seluruh rakyat di bawah payung keredaan Allah SWT.
USTAZ AHMAD YAHAYA
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah
KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH
11 Ramadhan 1436 | 28 Jun
Pesuruhjaya :
Ust Dr. Ahmad Fakruddin Hj Fakrurrazi
Timbalan Pesuruhjaya 1 :
Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman
Timbalan Pesuruhjaya 2 :
Dato’ Ust Najmi bin Ahmad
Timbalan Pesuruhjaya 3 :
Hj Muhammad Sanusi bin Md Noor
Setiausaha :
Ust Musoddak Hj Ahmad
Bendahari :
Hj Muhamad Sobri Osman
Ketua Penerangan :
YB Ust Ahmad bin Yahya
Pengarah Pilihanraya :
Ust Hj Azizan bin Hamzah
Pemangku Ketua Dewan Ulamak :
Tuan Guru Hj Mohd Rejab Md Akhir
Ketua Dewan Pemuda :
YB Ust Mohd Azam Abd Samat
Ketua Dewan Muslimat :
YB Dato’ Ustazah Ashah Ghazalinbsp;











