أتاكم أهل اليمن, هم أرقّ قلوبا, الإيمان يمان و الفقه يمان و الحكمة يمانية.
Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam bersabda, yang bermaksud;
“Penduduk negeri Yaman telah datang kepada kalian. Mereka adalah orang yang paling lembut hatinya. Iman itu ada pada Yaman, Fiqih ada pada Yaman, dan hikmah ada pada Yaman.” (HR. Imam Ahmad, dinilai sohih oleh Al-Albani).


Sementara itu, militan Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) juga aktif mengawal wilayah di kawasan pedalaman sepanjang pantaimenyebabkan keamanan tidak lagi dikecapi oleh penduduk ‘bumi hikmah’ Yaman.
Camprtangan tentera gabungan lapan negara Arab yang dipipin oleh Saudi yang bermula pada 25 Mac 2015 telah memburukkan lagi situasi Yaman. Negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (kecuali Oman) berkata, mereka mengambil keputusan untuk campur tangan terhadap Houthis di Yaman atas permintaan Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi.


Oleh itu, kami selaku bekas-bekas mahasiswa dan mahasiswa Malaysia yang masih menuntut di Yaman, yang pernah meghirup udara Yaman, minum dan makan serta belajar mejadi dewasa di negara tersebut, prihatin dengan nasib yang menimpa warganya.


Oleh yang demikian, mengambil dari semangat Ramadhan dan juga kelebihan ganjaran infak yg dijanjikan Allah pada bulan ini, kami sedang membuat ‘Jelajah (Roadshow) Prihatin Yaman’ ke seluruh negara dalam misi untuk mengumpul dana.
Kami telah bergerak di beberapa daerah di negeri Terengganu dan Pahang, seterusnya akan ke Kuala Lumpur dan Selangor pada akhir Ramadhan bagi mengadakan sesi penerangan berkaitan pergolakan Yaman di beberapa masjid yag terpilih sebaik sahaja selepas solat terawih.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Setiausaha Yemeni Care, Syed Solahuddin al-Idrusi di talian 014-534 7103. Seterusnya kami membuka seluas-luas ruang infak untuk dihulurkan kepada saudara-sauadar kita yang teraniaya akibat peperangan saudara yang meletus di Yaman. Sumbangan saudara-saudari boleh di salurkan terus melalui akaun YEMENI CARE No. 8602269245 (CIMB Islamic)
Sekian, Selamat menempuh Ramadhan yang mulia ini.
Terima kasih.
Saifullah Bin Hasbu,
Pengarah,
Yemen Care.
05 Ramadhan 1436H/ Bersamaan 21 Jun, 2015



























