

ADUN Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas isu berkenaan yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara cawangan negeri Terengganu telah berlaku pelbagai bentuk penyelewengan dan salah urus.
“(telah didedahkan) bagaimana penyelewengan yang wujud dalam program E-Book ini yang mana saya melihat projek ini dibuat tiada kajian bahkan ini juga telah disebut oleh wakil-wakil rakyat Umno dalam Dewan (sidang DUN) menunjukkan bahawa ia tidak dibuat kajian terperinci dan lengkap dibuat (sebelum dilaksanakan),
“saya minta pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) buat siasatan segera terhadap apa yang berlaku,”tegasnya kepada Buletinonline.
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata pihaknya akan membuat laporan kepada SPRM meminta supaya siasatan segera dilakukan.
“Sebagaimana SPRM mmbuat siasatan segera terhadap Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar negeri Selangor,”jelasnya.
Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizul Abas ketika dihubungi berkata pihaknya akan membuat satu laporan kepada SPRM tentang pelbagai penyelwengan program E-Book pada 1 September, Khamis, jam 11 pagi




























