Tamrin Qiyadi ; Penyatuan Fikrah Kearah Kemenangan

3461

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/IMG_4736.JPGChukai, KEMAMAN – Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai telah berjaya menganjurkan program Tamrin Qiadi dan Majlis Iftar Jama’ie, bertempat di Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa disini, baru-baru ini.

Objektif program Tamrin tersebut adalah untuk memperkasakan kepimpinan parti di peringkat cawangan di samping mengukuhkan kerjasama di kalangan ahli di semua peringkat.

(Gambar – para peserta tamrin khusyuk mendengar ucapan Ustaz  Azman)

Ia juga merupakan program ukhuwwah yang merapatkan hubungan silaturrahim sesama pimpinan jemaah.

Di samping itu, melalui tamrin ini juga dapat meningkatkan daya juang dan daya tahan ahli untuk berdepan dengan apa jua mehnah dan tribulasi dalam perjuangan.

Tetamu jemputan, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat menyampaikan ceramah mengenai penghayatan Ramadhan. Beliau turut memberi penjelasan tentang isu-isu semasa dalam negeri Terengganu dan di peringkat nasional.

Program ini mendapat komitmen yang tinggi di kalangan pimpinan parti dengan kehadiran penuh ahli dewan harian di peringkat cawangan-cawangan yang berjumlah 21 cawangan.

Berbekalkan segala persiapan yang telah dibuat, dan juga pemantapan fikrah dan penyatuan hati melalui tamrin ini, PAS MTD Chukai yakin dapat menawan semula kerusi DUN Chukai pada PRU-13 yang akan datang.