Terengganu, Malaysia

Kuala Nerus Sebulat Suara

Kuala Nerus Sebulat Suara

KUALA NERUS – PAS Kawasan ini telah memutuskan sebulat suara memilih untuk mencalonnkan Ahli Parlimen Marang Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang sebagai calon Presiden PAS pada pemilihan di Muktamar PAS Pusat akan datang.

IMG-20150418-WA0038 (2)Manakalan untuk jawatan Timbalam Presiden, Naib Presiden masakini, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man turut mendapat sokongan penuh semua perwakilan Mesyuarat Agung yang diadakan di Kompleks Tarbiah, di Batu Enam.

“Dengan ini Kawasan Kuala Nerus memilih dan menerima Jawatan-Jawatan Tersebut, Presiden; YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang (Sebulat Suara), Timb Presiden : Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Sebulat suara),

“Naib Presiden : YB Ust Nasaruddin Hassan Tantawi – 384 undi, YB Ust Idris bin Ahmad -402 undi, YB Dato’ Nik Amar Nik Abdullah -393 undi (dan) YB Dato’ Iskandar Abd Samad – 57 undi,”menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang DiPertuanya Cikgu M. Shukrimun Shamsuddin

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-55yang dirasmikan oleh Ali Parlimen Bukit Gantang UstazIdris Ahmad itu, menyaksikan kehadiran seramai 490 orang perwakilan hadir.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan