KUALA TERENGGANU – PAS negeri Terengganu konsisten menolak perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak sebelum ia dilaksanakan sehingga kini, menimbulkan pelbagai masalah sejak ia dikuatkuasakan pada 1 April lalu.


“Kempen Tolak GST) di Terengganu , kita akan adakan pada 17hb di Batu Burok, satu permulaan untuk peringkat negeri lepas pada itu kita akan turunkan ke kawasan-kawasan,
“dan rakyat boleh buat penilaian sejauh mana kempen ‘BN Menang Rakyat Senang’ atau memberi tekanan dan penderitaan kepada rakyat,”ujarnya.
Menurutnya, walaupun kempen telah dibuat awal, namun kesedaran hanya jelas kelihatan setelah dilaksanakan dengan maklum balas dari orang ramai dan komen serta bantahan melalui media baru, khususnya dari kalangan orang-orang muda.
“berdasarkan media baru, khususnya anak-anak muda majoritinya menolak GST (dengan) Bahasa istilah (dan) terjemahan GST itu menggambarkan amarah rakyat,


Bagi orang-orang lama yang kelihatan ‘pasif’, Satiful berkata, PAS akan meneruskan usaha memberi penjelasan penerangan kepada mereka.
Sementara itu, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, masalah ekonomi diselesaikan bukan dengan melaksanakan cukai baru tetapi menambahkan aktiviti ekonomi rakyat.
Beliau berkata demikian dihadapan ribuan khalayak di padang Merbok Kuala Lumpur semalam Sabtu 12 April pada Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) sempena 10 hari perlaksanaan GST.
Himpunan yang bermula selepas waktu solat Asr’ itu diselang seli denganucapan pemimpin dan hiburan santai oleh kumpulan nasyid.
Turut berucap adalah Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Ahmad Yakob dan Timbalan Presiden Muhammad Sabu.


Manakal Muhammaf Sabu mengajak orang ramai untuk menyertai Himpunan GST yang akan diadakan sempena Hari Buruh pada 1 Mei akan datang.
HINDAR yang merupakan himpunan awam pertama dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat turut menganjurkan solat hajat selepas menunaikan solat maghrib berjamaah di atas padang tersebut, berakhir kira-kira jam 9 malam apabila hujan turun dengan agak lebat.



























