KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hidhamussin Abdul Karim kesal dengan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mahu merobohkan rumah rakyat di Kampung Banggol Donas.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berkata, melalui slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ sepatutnya Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman tidak melakukan demikian.
“Dalam usaha kerajaan ingin meroboh rumah rakyat yang masih berbaki di Banggol Donas, saya bagi pihak anak-anak muda Kuala Nerus rasa cukup kecewa dengan sikap kerajaan walaupun perkara berkenaan dalam kes mahkamah.
“Sepatutnya kerajaan Terengganu yang terkenal dengan ‘TTB’ dibawah gagagsan Menteri Besar yang baru cukup mengerti apa sebenarnya yang perlu dilakukan bukan proses merobohkan itu sehingga membelakangkan perbicaraan mahkamah,”tegas beliau.
https://youtu.be/mKf0TlJNiGA
Beliau berkata demikian ketika ditemui menziarahi rumah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas Haji Salleh Embong, petang ini, Ahad 12 April.
Menurutnya, kerajaan mestilah menyelesaikan kes tersebut mengikut undang-undang.
Beliau berkata, tindakan kerajaan Umno-BN Terengganu itu bukan sahaja mengecewakan penduduk setempat, bahkan seluruh negeri Terengganu.
Oleh itu, beliau menyeru seluruh pemuda untuk bersolidariti dengan berhimpun di Kampung Banggol Donas, esok pada Isnin 13 April.
“Sebagai sikap golongan muda di Kuala Nerus kita akan ambil satu usaha mobilisasi memberi sokongan kepada penduduk yang diketuai oleh Tuan Haji Salleh serta seluruhnya penduduk yang terbabit.
“Sekurang-kurangnya kita akan dapat bersama hari esok yang kita difahamkan bahawa ada kerahan yang diterima (dibuat oleh Pejabat Tanah) untuk merobohkan rumah penduduk di Banggol Donas,”jelasnya
Beliau berkata, Kampung Banggol Donas adalah kampung orang Melayu yang tidak sepatutnya diperlakukan demikian oleh kerajaan Umno-BN yang kononnya membela orang-orang Melayu.
“kita rasa cukup terkilan dengan sikap cara pembangunan yang dibuat oleh pihak kerajaan. Saya harap perkara ini dibincangkan balik dan dipertimbangkan oleh kerajaan,”tambah beliau



























