Ali Abdullah Salleh Melarikan Diri Dari Yaman

1249

Bekas Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh telah dilaporkan melarikan diri dai Yaman dengan menaiki pesawat milik Rusia.

Menurut Menteri Luar Yaman Riyad Yassin, Ali mengambil kesempatan dengan pesawat itu yang mendarat untuk memindahkan diplomat asing.

“Terdapat maklumat bahawa Saleh telah meninggalkan Yaman di atas kapal pesawat Rusia yang telah tiba di lapangan terbang Sana’a untuk memindahkan diplomat asing,”kata Yassin memberitahu akhbar Saudi Asharq Al-Awsat.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran bila kapal terbang itu mendarat di Yaman dan ke mana destinasinya.

imageDua pesawat Rusia telah mendarat di Sanaa pada hari Khamis untuk memindahkan 282 warga Rusia dari negara yang dilanda perang itu.

Ali, yang memerintah Yaman selama lebih daripada tiga dekad, terpaksa meninggalkan kuasa pada tahun 2012 oleh bantahan pro-demokrasi.

Pengikut setia bekas presiden itu telah berjuang bersama kumpulan militan Syiah Houthi terhadap pasukan yang setia kepada Presiden Yaman Abd Rabbuh Mansour Hadi.

Menteri Luar Yaman mendakwa Ali pembiayaan kumpulan al-Qaeda, yang sebahagian besarnya aktif di selatan Yaman.

“Al-Qaeda bertindak atas keinginan Saleh,” kata Riyad Yassin.

Yaman telah kekal dalam kegawatan sejak September lepas, apabila syiah Houthi menakluki ibu negaranya Sanaa.

Kemudia militan itu, telah berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke bahagian-bahagian lain di negara yang sedang bergolak itu.

Sejak 26 Mac, Arab Saudi dan sekutu Arab telah mengebom kedudukan Houthi di Yaman.

Riyadh berkata kempen anti-Houthi adalah sebagai tindak balas kepada rayuan Hadi memohon campur tangan tentera asing.

Pemberontak Houthi, telah mendakwa serangan itu sebagai “serangan Arab-Amerika”.

Sesetengah negara Telu