KUALA TERENGGANU – Lujnah Dakwah Badan Perhubungan negeri Terengganu (BPPNT) mendekati ‘Orang Asal’ untuk dijadikan ‘kawan’ dalam perjuangan.
Pengerusinya, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata, program ‘lawan futsal’ adalah mukaddimah bagi merapatkan hubungan dengan mereka.


“Sebenarnya ini salah satu pendekatan kita untuk mendekati masyarakat Terengganu termasuk masyarakat orang Asal. Dimana kita rasa sebagai muqoddimah kita. Program sukan macam ni mudah untuk menarik perhatian mereka,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan Futsal antara pasukan Ahli Jawatankuasa Lujnah beliau dengan pasukan jemputan kumpulan Orang Asal.
Katanya, peringkat permulaan ini, aktiviti bersama Orang Asal diadakan di bandar bagi menjalinkan salam perkenalan antara PAS dan mereka.
“mungkin hari ini kita buat jemput mereka di sekitar bandar, kemudian peringkat yang kedua mungkin kita berkunjung ke tempat mereka.
“Kemudian kita akan susun beberapa program lain yang sesuai dengan kehidupan mereka. Dan mungkin selepas ini, kita akan buat juga program perubatan percuma untuk masyarakat orang Asal,”tambahnya.
Menurut Ustaz Azman, dengan perkembangan yang berlaku hari ini, tidak rasa janggal dan pelik Orang Asal boleh bersama dalan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).





























