Selamat Menyambut Hari Polis Ke-208

1266

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sempena Sambutan Hari Polis Ke-207 pada 25 Mac, 2015, semalam.

Seluruh kepimpinan PAS pelbagai peringkat mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM Terengganu, dengan kerjasama yang diberikan khususnya pada Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 yang dianjurkan dari 19 hingga 22hb di Rusila, Marang.

polis ijtimakKami berharap pihak PDRM dapat meneruskan sikap positif, tanpa cenderung serta ‘bias’ kepada mana-mana parti politik dalam memberikan perkhidmatan.

Tunjukkanlah dan sentiasa amalkan teras polis yang berintegriti dalam menangani masalah terutamanya bagi membendung jenayah yang semakin berat, agar kepercayaan rakyat kepada pihak polis dapat kekal terpelihara.

PAS Terengganu bersedia, pada bila-bila masa bekerjasama dengan pihak PDRM dalam melaksanakan ‘amal makruf’ dan mencegah kemungkaran bagi mewujudkan masyarakat yang aman dan sentosa.

Kami amat faham tentang amanah yang dijunjung dan tugas-tugas pihak polis serta menyanjung tinggi segala pengorbanan para anggotanya.

Semoga semua anggota PDRM meneruskan tugas dengan penuh dedikasi dan ikhlas kerana Allah SWT, agar ianya menjadi amalan soleh diakhirat nanti.

Sekian, Selamat Menyambut Hari Polis!

YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
5 Jamadil-akhir 1436/ 26 Mac, 2015