Deklarasi Rusila 2015

980

Ijtimak Antarabangsa Perpaduan ummah Kali Ke-3 yang bermula pada 19 Mac, berakhir dengan acara Pidato Kemuncak dengan pada semalam Sabtu, 21 Mac.

IMG_5338 (2)Ucapan terakhir penutup program antarabangsa anjuran Pejabat Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia itu disampaikan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau menekankan kepada ‘lautan manusia’ yang hadir tentang isu tanah air umat Islam Palestin yang merupakan satu isu dunia yang boleh mengancam keselamatan.

Sehubungan itu, Pengarah Ijtimak Haji Hussin Ismail telah membaca resolusi Ijtimak yang dihadiri oleh lebih 40 wakil Negara-negara umat Islam seluruh dunia yang dinamakan ‘Deklarasi Rusila 2015’

Berikut adalah teks penuh deklrasi tersebut;

‘DEKLARASI RUSILA 2015’

Implikasi daripada perbincangan kolektif para perwakilan para Persidangan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 20-21 MAC 2015 yang diwakili perwakilan 41 buah negara. Maka dengan ini, kami mengisytiharkan resolusi persidangan yang dinamakan sebagai Deklarasi Rusila 2015 seperti berikut :

Isu Palestin :

1. Perlunya sebuah struktur penyelerasan yang lebih berkesan dengan mewujudkan sebuah Pusat Penyelarasan Bantuan Palestin Global dan Pusat-Pusat Penyelarasan Bantuan Palestin di pelbagai wilayah yang sesuai dengan peranan utama iaitu :
a. Penyelarasan bantuan fizikal dan dana
b. Penyelarasan pembangunan dan pendidikan semula Palestin
c. Penyelarasan aktiviti pembangunan pendidikan rakyat Palestin

2. Mencadangkan agar Pusat Penyelarasan Bantuan Palestin Global atau Global Coordination Centre for Palestinian Aid (GCCPA) adalah ditempatkan di Turki.

3. Menyeru supaya Kesatuan Ulama’ Sedunia memainkan perasan yang efektif sebagai wadah yang memanyungi pusat-pusat penyelarasan tersebut dan melantik jawatankuasa Protem daripada kalangan wakil-wakil gerakan Islam.
Kebajikan Muslim minority dan jaringan sivil :

1. Gerakan Islam di seluruh dunia mengiktiraf badan gabungan NGO-NGO kebajikan gerakan Islam sebagai badan penyelaras di peringkat global di bawah Kesatuan Ulama’ Sedunia.
2. Bersetuju agar skop utama badan penyelaras tersebut merangkumi pusat :
a. Menyelaras bantuan
b. Menyelaras pemgumpulan dan pengagihan dana
c. Penyebaran maklumat
d. Penyelaras pembangunan masyarakat dari pelbagai aspek termasuk kebajikan, pendidikan, kemahiran, ekonomi dan lain-lain.
e. Latihan menangani “bencana dan pemulihan”
3. Menyatakan kesatuan dan dokongan sepenuhnya dengan kejerihan umat Islam tertindas di Kashmir, Nepal dan Arakan. Ini termasuk hak pemberdayaan sendiri bagi rakyat Kashmir sebagaimana termaktub dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

4. Membangunkan pengkalan data bagi semua NGO Islam yang terlibat dalam aktiviti kebajikan dan lain-lain bagi masyarakat Muslim minoriti.

5. Membangunkan peta Muslim sedunia yang terkini.

6. Menjadikan Malaysia sebagai secretariat badan penyelaras.

Pengupayaan Dakwah di negara Umat Islam :

1. Membangunkan Pusat Pembangunan Insan (Human Development Centers) di bawah Kesatuan Ulamak Islam Sedunia bagi mengambil tanggungjawab tersebut.
i. Melatih aktivis dakwah dengan ilmu dan kemahiran yang komprehensif dan menyeluruh
ii. Menjadi pusat penyebaran pemahaman Islam yang sebenar dan sekaligus membentuk imej Islam yang positif.
iii. Pusat penyelarasan maklumat aktiviti dakwah antarabangsa

2. Mewujudkan Pusat Pembangunan Insan serantau di Afrika Tengah, Asia Selatan, Timur Jauh, Asia Tengan dan Balkan.

3. Membangunkan platform bagi jaringan aktiviti dakwah global dalam bentuk sebuah persidangan dakwah antarabangsa.

4. Menjadikan Malaysia sebagai secretariat Pembangunan Insan Islam Global.