Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, tunaikanlah hak dikalangan kamu sekiranya mereka berselisih dan bertaqwa kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.
Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah S.W.T kerana pada hari ini kita dapat berhimpun dalam ijtima’ peringkat antarabangsa yang telah dianjurkan di negeri Terengganu ini. Dewan Muslimat dan PAS Pusat dan seluruh kepimpinan muslimat di semua peringkat mengucapakan setinggi-tinggi tahniah dan setinggi-tinggi syabas kepada pihak penganjur dan kepada semua deligasi yang telah datang, telah memberi , berkongsi pengalaman, berkongsi rasa, berkongsi derita . Kita bersaudara walau kita berada di negara mana sekalipun, kita adalah bersaudara. Islam adalah agama sejagat . isalam tidak mengira bangsa keturunan dan warna kulit.
Alhamdulillah kita berhimpun pada hari ini bersama-sama dalam Ijtimak antarabangsa , dalam masa keadaan saudara-saudara kita hari ini ada yang sedang ditindas, ada yang sedang menderita kesusahan, ada yang sedang berdepan bertarung dengan musuh. Itulah cabaran yang dihadapi oleh umat islam pada hari ini.


Jadi harapan saya Inshaa Allah sama-sama kita mendoakan, semoga Allah S.W.T melimpahi rahmat dan kemenangan kepada perjuangan islam walaupun dimana kita berada. Umat islam hari ini menghadapi cabaran yang begitu hebat, samada dalam dan luar negara.
Musuh Islam akan menganbil kesempatan diatas kelemahan-kelemahan umat islam. Sebab itulah saya menyeru pada petang ini , kepada seluruh pimpinan, kepada semua jentera dan ahli muslimat seluruh negara khususnya , sama-samalah kita berpegang teguh dengan Islam,sama-samalah kita beristiqamah dengan Islam. Dan hendaklah kita yakin dengan Islam. Hanya islam sahaja penyelesaian terhadap segala permasalahan ummah yang ada pada hari ini.
Semangat persaudaraan yang ada dalam perjuangan islam tak kira dimana kita berada, samada saudara kita yang berada di Palestin, yang berada di Tunisia, yang berada di Maldives, yang berada di Mesir, di Syria, kita adalah satu aqidah, kita adalah satu perjuangan , maka hendaklah kita raikan tali ukhuwah silaturrahim, sama-sama kita memanjatkan doa, dan menghulurkan apa jua yang kita boleh hulurkan untuk sama-sama kita membantu umat islam yang dalam keadaan kesusahan.
kita bersyukur, Alhamdulillah , ijtimak para ulamak pada hari ini yang dihadiri oleh begitu ramai pimpinan ulamak dari seluruh dunia. Harapan kita, Ins haa Allah, Islam pada masa akan datang akan mentadbir dunia. Jadi sebab itulah harapan kita supaya kita terus bersabar dalam menghadapi pelbagai ujian yang ada didepan kita.


Dalam membina kekuatan ummah, pada petang ini saya nak membawa lima cadangan untuk kita sama-sama praktikkan, untuk kita melahirkan ummah yang kuat, untuk melahirkan ummah yang hebat, untuk sama-sama kita berdepan dengan segala cabaran yang berdepan dengan kita pada hari ini.
Yang pertama, kemantapan aqidah menjadi agenda penting dan pembinaan akhlak islam sebagai akhlak menjadi contoh dalam kehidupan kita yang mana kita mencontohi kehidupan baginda nabi S.A.W. saya mengharapkan semua pimpinan muslimat di semua peringkat jadikanlah agenda pembinaan akhlak ini menjadi agenda penting dalam setiap agenda pengtarbiyahan. Hidupkanlah syiar islam dimana sahaja kita berada. Immarahkanlah rumah-rumah Allah, masjid dan surau. Immarahkan rumah-rumah Allah yang disediakan di seluruh Negara kita yang disediakan dengan banyak.
Begitu juga program Al-quran , hendaklah dijadikan budaya dalam kehidupan kita. Hendaklah kita mendidik ahli dan anggota kita dan menjadikan bahasa dan akhlak yang baik, tutur kata yang menyenangkan yang membawa kepada kelembutan hati untuk orang menerima dakwah kita.kita hendaklah mengambil pengalaman yang mulia daripada baginda nabi S.A.W. macam mana kehebatan akhlak baginda nabi S.A.W yang telah menarik begitu ramai orang mengenali Islam.
Hendaklah kita menjauhi segala sikap yang membawa kepada perpecahan dan keburukan. Jauhi dari fitnah menfitnah, apalagi mempercayai media baru yang boleh membawa kepada keruntuhan kepada sebuah perjuangan , hendaklah kita memulihkan imej, supaya menampakkan parti islam kita adalah parti yang tinggi dari sudut moral dan akhlak. Inilah sebenarnya yang hilang pada hari ini, dan kita mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan.


Hari ini kita melihat , hasil dari sistem sekular yang ada pada negara kita walaupun kita telah merdeka lebih daripada 60 tahun. Kita tengok apa jadi pada Negara kita, rogol setiap 17 minit satu kes rogol di Malaysia . Maruah wanita seolah-olah diperdagangkan begitu sahaja. Wanita dijadikan alat dagangan, iklan, dieksploitasikan menjadi bahan iklan. Inilah apabila islam atau hukum islam tidak didaulatkan. Mereka menggunakan mengikut keperluan nafsu mereka. Jadi apa yang kita harapkan , in shaa Allah , semoga Allah Ta’ala membantu kita dan permudahkan. Semoga kita dapat bawa ke parlimen dan dapat kelulusan untuk kita laksanakan , in shaa Allah.
Begitu juga yang kedua saya ingin tegaskan supaya hendaklah kita mengadakan dalam setiap perancangan kita, dalam setiap tindak tanduk kita, adalah tindakan yang berstrategi dan rapi untuk melihat kehadapan . Kita mestilah melihat jauh ke hadapan , apa yang akan jadi pada 50 tahun akan datang,apa yang akan jadi pada 60 tahun akan datang, wawasan kita, wawasan akhirat. Kita mesti melihat jauh kemana hala tuju gerakan Islam, untuk kita memastikan perjuangan yang diasaskan oleh ulamak pada hari ini akan diteruskan oleh generasi muda hari ini. Harapan kita pada anak-anak muda yang begitu ramai pada hari ini untuk meneruskan perjuangan ini.
Yang ketiga saya mengharapkan kita sebagai umat islam hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu dan kepakaran dengan pelbagai bidang sebab untuk kita menguasai sebuah kerajaan, kita perlu pada tenaga pakar yang ramai, kita hendaklah menjadikan diri kita , keluarga kita, dikalangan mereka yang bermaklumat, berilmu, dan mempunyai pengalaman yang luas dan semoga dengan ilmu dan pengalaman yang ada ini kita mampu bersaing dengan musuh , kita mampu bersaing terutama dengan non-muslim .
Dan seterusnya yang keempat saya cadangkan supaya kita muslimat hendaklah sentiasa bersedia untuk menyediakan tenaga sumber manusia yang berkualiti untuk masa depan perjuangan , perjuangan kita perlu pada pelapis dan penerus pada perjuangan ini, maka belia-belia anak muda inilah yang menjadi harapan kita untuk kita bekalkan pada mereka dengan pelbagai ilmu yang boleh menjadikan meraka pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang.
Yang kelima saya menyarankan sebagai sebuah gerakan islam , kita hendaklah harus mampu bersama untuk mencari titik pertemuan walaupun kita berada di batas sempadam Negara. Tetapi kita berjuang dibawah satu aqidah yang sama untuk kita mendaulatkan syariah Allah , maka hendaklah kita menghubungkan lebih erat lagi kerjasama di semua peringkat samaada disudut latihan kepakaran dan pelbagai lagi untuk kita menambah lagi kekuatan perjuangan islam di seluruh dunia. Dan Inshaa Allah kekuatan ini kita perlu untuk dicapai untuk kita bersaing dengan musuh-musuh islam yang sentiasa mengintai dan mencari kelemahan kita. Jadi harapan saya akhirnya, inshaa Allah , sama-samalah kita berusaha berjuang habis-habisan untuk mendaulatkan islam. Kita sama-sama satukan ukhuwah kita, mantapkan organisasi kita, sama-sama kita berjuang berkorban untuk melihat kemenangan , inshaaAllah . akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, terima kasih kepada delikasi yang telah datang bersama kita.
*****Ucapan YB Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, pada program Pemimpin Muslimat Gerakan Islam ntarabangsa, Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3, di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, Jumaat, 20 Mac, 2015



























