Alhamdulillah, pada hari ini saya bersama ibu Sirul, Puan Piah Samad, adiknya Noriatin Omar serta ahli rombongan telah diberikan kebenaran untuk bertemu dengan Sirul di Pusat Tahanan Imigresen Villawood,Sydney. Pertemuan ini berlangsung selama hampir dua jam iaitu bermula Pukul 5.30 petang sehingga Pukul 7.30 petang waktu di sini. [Gambar : Emak Sirul dan Datuk Mahfuz di KLIA, semalam]


3. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Australia khususnya pihak berkuasa Pusat Tahanan Imigresen yang memberikan kebenaran kami bertemu Sirul. Sirul juga menyatakan salam penghargaan buat semua yang prihatin terhadapnya.
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS


























