Bekas Presiden Yaman ‘Mencuri’ Sehingga $ 60b

1093

Majlis Keselamatan PBB mendakwa, bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh, dipercayai telah mengumpulkan antara $32 hingga $ 60 bilion melalui rasuah sepanjang 33 tahun berkuasa.

Satu panel pakar melaporkan pada Rabu kepada Majlis Keselamatan PBB bahawa aset Saleh telah bertebaran dalam sekurang-kurangnya 20 buah negara, dan pasukan tersebut sedang menyiasat hubungannya dengan ahli perniagaan yang membantu beliau menyembunyikan dana.

Majlis 15 anggota PBB pada November lalu telah mengenakan hukuman, termasuk pembekuan aset, kepada Ali Abdullah Saleh, yang telah dipaksa meletakkan jawatan pada tahun 2012.

Majlis itu juga menyenarai hitamkan beliau kerana menghalang keamanan di Yaman, terutamanya kerana menyokong pemberontak Syiah Houthi yang telah merampas kuasa di Sanaa.

ali abdullah salleh bersama muammar ghaddafiMenurut laporan itu, Ali telah membina kekayaan peribadi melalui rasuah, dengan menuntut sogokan bagi ‘kontrak’ minyak dan gas, mencuri dana awam dan beberapa kesalahan lain.

“Asal-usul dana yang digunakan untuk menjana kekayaan Ali Abdullah Saleh dipercayai menjadi sebahagian daripada amalan rasuah sebagai Presiden Yaman,

“terutama yang berkaitan kontrak dengan gas dan minyak di mana beliau dilaporkan meminta wang sebagai pertukaran untuk syarikat-syarikat yang diberikan hak eksklusif kepada prospek untuk gas dan minyak di Yaman, “tulis laporan itu.

“Ia juga mendakwa Ali Abdullah Saleh, rakan-rakan, keluarganya mencuri wang dari program subsidi bahan api, yang menggunakan sehingga 10 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Yaman, dan juga usaha lain yang melibatkan penyalahgunaan kuasa, peras ugut dan penyelewengan. “tambah laporan itu

Rasuah telah membenarkan Ali memasukkan ke dalam poketnya hampir $2 bilion setahun dalam tempoh tiga dekad yang lalu.

Keputusan Majlis Keselamatan PBB itu untuk mengenakan sekatan perjalanan dan harta beliau, tidak mengejutkan kepada Ali Abdullah Saleh yang telah pun menjalankan usaha untuk mencari cara-cara menyembunyikan aset serta menjangkakan langkah PBB itu, pakar-pakar melaporkan.

“Beliau mempunyai banyak masa dan peluang untuk memintas langkah-langkah untuk membekukan aset,” kata laporan itu.

Pakar-pakar PBB turut menyatakan bahawa ramai pegawai yang ditemuramah oleh panel tersebut yang telah bekerjasama untuk mengembalikan dana dicuri bekas Presiden itu ke Yaman bagi membantu negara itu membayar hutang dan menyelesaikan masalah ekonomi.