Saya mendapat maklumat yang agak mengejutkan berkenaan pembalakan di Bukit Besi. Maklumat yang saya perolehi ini adalah dari sumber yang sangat dipercayai. Saya yakin dan percaya, tiadalah orang yang paling layak dan yang paling dipercayai bagi saya mendapatkan jawapan keatas maklumat ini kecuali YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman.


Maka atas prinsip intergriti ini, saya mohon YAB MB menjawab persoalan-persoalan saya yang secara jelas melibatkan wang dan hak rakyat Terengganu:
1- Lebih 8000 hektar kawasan hutan simpan dikatakan terlibat dalam kawasan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, telah diberikan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan (LTAW). Adakah kerajaan telah menggantikannya dengan kawasan baru? Apakah kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti kawasan terbabit mempunyai hasil bijih yang tinggi potensinya? Berapakah kos kajian dan siapakah yang ditugaskan mengkajinya?
2- Dikatakan LTAW telah menyerahkan kawasan balak tersebut kepada Kumpulan Pengurusanan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT). Mengapa kawasan tersebut diserahkan kepada KPKKT? Mengapa ada beberapa anak syarikat perkayuan milik kerajaan negeri tidak terlibat sama dalam hal ini?


Saya benar-benar mengharapkan jawapan yang betul serta jujur dari YAB MB. Luas kawasan yang dinyatakan itu bukan kecil tetapi amat luas dan seperti saya sebutkan di atas, ianya adalah hak rakyat Terengganu.
Atas dasar hak ini maka saya mengemukakan soalan-soalan di atas bagi YAB MB menjawabnya. Jangan dibiarkan rakyat berada didalam kegelisahan, berikan mereka kepastian. Saya memberikan seminggu bagi YAB MB menjawab isu ini. Jika tidak, saya menganggap maklumat ini tiada kesalahannya.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
Ahad 25 Rabiu’lAkhir 1436 bersamaan 15 Februari 2015




























