Pilihan Raya PBT; Realiti Jarang Seindah Idealisme

915

Dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan (PBT), dengan kedudukan negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat sekarang, ia merugikan Islam dan orang-orang Melayu.

Terutamanya bila menilai kecenderungan DAP dalam isu-isu yang sensitif kepada Islam dan melayu seperti arak, pusat-pusat hiburan, program-program konsert, lokasi-lokasi strategik perniagaan, papan-papan tanda dan iklan, Bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Jika rujuk agihan peruntukan tahunan oleh pusat bagi tujuan pembangunan, angka-angka yang disalurkan di kawasan bandar khususnya lembah kelang adalah sangat besar. Di situ tertumpu PBT yg menjadi ‘stakeholders’ yang penting dan berpengaruh dalam perlaksanaan. Banyak kesan dan ruginya nanti jika PBT ditentukan oleh penduduk bandar berkenaan sahaja.

Sedangkan dibandarlah segala urusan berkait pentadbiran dan pengurusan hasil mahsul, perusahaan dan macam-macam lagi yang berada di seluruh negara dan negeri dipusatkan.

amzad‘Stakeholder’ kepada bandar bukanlah penduduk bandar sahaja, tetapi seluruh negeri kepentingan terhadap PBT.

Saya setuju dengan pandangan Dato Seri Abdul Hadi Awang, dan saya yakin beliau bukan buat pertimbangan berdasarkan emosi tetapi merujuk kpd banyak pandangan-pandangan terdahulu. Pandangan tokoh pemikir seperti Ibnu Khaldun pun diambil sama.

Dr Nordin Sopiee dalam buku karangannya ‘From Malayan Union to Singapore Separation’ pun katanya ada mengulas isu ini dalam konteks sejarah Tanah Melayu.

Dalam aspek politik pula, saya pohon maaf kerana berpendapat bila Presiden yang menjadi Ketua parti telah beri pandangan, sangat tidak sesuai diberi pandangan yang bertentangan pula secara terbuka.

Itu merosakkan persepsi awam kepada keutuhan organisasi.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)