Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Penghargaan Buat Semua Petugas HARAP 3.1

Memimpin Negara Adalah Amanah, Bukannya Peluang Mendapatkan Harta

Assalamu’alaikum wr wb

Mesyuarat Jawatankuasa Induk HARAP 3.1 yang bersidang pada hari ini, telah membuat post mortem bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan, sepanjang Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) yang telah berlangsung pada 29, 30 dan 31 Januari yang lalu.

In sha Allah, semua dapatan yang diperolehi akan dijadikan panduan bagi HARAP 3.2 pada Ogos 2015 di Dungun nanti.

Kejayaan penganjuran himpunan kali ini sangat membanggakan, lebih-lebih lagi ia kali pertama diadakan dengan fomat dan pendekatan yang baru.

Justeru, saya selaku Pengarah program, juga mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) kali ini.

Penghargaan yang khusus diberikan kepada Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir dan PAS Kawasan Kuala Nerus kerana kerja keras tanpa mengenal penat dan lelah sejak awal hingga selesai program.

Saya percaya pengalaman yang kita lalui ini akan mematangkan serta meningkatkan semangat baru untuk mengambil alih Wisma Darul Iman (WDI) dalam pilihan raya yang datang, in sya Allah.

Akhirnya setelah segala usaha, tenaga dan wang ringgit dicurahkan, maka kami serahkan semuanya kepada Allah SWT. Semoga ianya diterima sebagai sebahagian dari amal soleh dan jihad fi sabilillah.

Sekian, terima kasih.

“PAS HARAPAN SEMUA”
“TERUS BERISTIQAMAH”

Yang benar,

HJ MUHYIDIN BIN ABDUL RASHID
Pengarah HARAP 3.1

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan